Malaysia Terima Raptor True Red yang Pertama untuk Raptor X Baharu Edisi Khas
  • Ford Ranger Raptor X Baharu Edisi Khas kini hadir dengan warna baharu True Red – menjadi Raptor merah pertama diperkenalkan di pasaran.
  • Dilengkapi dengan keselesaan yang dipertingkatkan dan ciri keselamatan tambahan, True Red Raptor ini didatangkan dengan kamera in-built 360-darjah, Perakam Video Dwidigital dan aksesori tersendiri meliputi pelekat halilintar Raptor X dan alas kaki Edisi Khas.
  • Berharga RM216,888 (atas jalan, tanpa insurans) dengan Waranti Pengeluar 5-Tahun atau 160,000km, mana yang terdahulu.


KUALA LUMPUR, Malaysia, 3 Mac, 2021 – Sime Darby Auto ConneXion (SDAC), pengedar tunggal jenama Ford di Malaysia, hari ini secara eksklusif memperlihatkan Ford Ranger Raptor X Edisi Khas Baharu untuk pelanggan di Malaysia dengan warna baharu True Red yang menyerlah – menjadikan ia Raptor merah pertama diperkenalkan di pasaran.

“Dengan DNA Prestasi Ford, Ranger Raptor sememangnya trak pikap terunggul di Malaysia yang disempurnakan untuk kegunaan harian di kota di samping menakluki laluan lasak off-road dengan kelajuan yang mengujakan. Dengan Edisi Khas ini, kami harap dapat menambahkan keterujaan ke dalam barisan Ranger yang digemari,” ujar Turse Zuhair, Ketua Jualan, Sime Darby Auto ConneXion.

Disempurna dengan ciri teknologi untuk gaya hidup masa kini
Ford Ranger Raptor X Baharu Edisi Khas didatangkan dengan kamera 360-darjah. Teknologi ini menggabungkan beberapa kamera video untuk memberikan liputan masa nyata sekeling kedudukan kenderaan - sama ada dalam suasana urban atau kawasan off-road yang sukar.

Ia juga mempunyai ciri Perakam Video Dwidigital (DVR) Kenwood yang menawarkan pelbagai fungsi, termasuk perakam berkualiti tinggi (HD) Quad, sudut pandangan yang luas, rakaman penglihatan malam, pelindung berpolaris terbina dan aplikasi mudah alih yang dihubungkan melalui hotspot. Padan dengan Apple iOS dan juga Android, ia didatangkan dengan kad memori 32GB yang membolehkan pemandu merakam aktiviti kembara atau pun sebagai ciri keselamatan.

Pelekat halilintar Raptor X yang eksklusif dan alas kaki Edisi Khas memberikan perbezaan yang lebih ketara, sambil mengekalkan kabin Ranger Raptor yang premium.

Sebati dengan DNA Prestasi
Ranger Raptor yang diperkenalkan di Malaysia pada hujung tahun 2018 ialah trak off-road berprestasi dan berkelajuan tinggi dari kilang yang unggul dan direka agar mampu memberi keghairahan kepada pencinta aksi lasak tegar.

Berpandukan pengalaman dari Ford F-150 Raptor, kerangka casis Ranger Raptor yang unik dibina dan diubahsuai secara besar-besaran untuk kelajuan dan ketahanan off-road. Sistem gantungan setaraf kereta lumba juga direka khusus untuk menangani mukabumi yang sukar, mengurangkan loncatan, hentakan dan lekukan. Tiada trak lain keluaran di Malaysia yang dipasang FOX Racing Shox dan bash plate dengan kekuatan ultra. Sistem Pengurusan Mukabumi canggihnya memberikan enam mod pra-tetapan untuk menawan apa jua permukaan, dengan hanya putaran dial. Diinspirasikan oleh Baja 100 Desert Race, mod Baja yang yang cukup terkenal ini memberikan daya cengkaman, meningkatkan daya responsif dan penukaran kelajuan, serta mengoptimumkan kelajuan tinggi off-road Ranger Raptor.

Untuk prestasinya, Raptor menghasilkan tenaga 213 PS dan daya kilas setinggi 500Nm serta dikalibrasi penuh teliti dengan transmisi 10-kelajuan teknologi PaddleShift.

Keyakinan sepenuhnya
Ford Ranger Raptor X Baharu Edisi Khas ini padat dengan teknologi pintar dan keselamatan yang terkini memberikan pelanggan keyakinan sepenuhnya semasa memandu.

Ia turut lengkap dengan Brek Kecemasan Autonomi (AEB) dengan Pengesan Kenderaan dan Pejalan Kaki, Amaran Perlanggaran Depan dan Amaran dan Bantuan Keluar Laluan.

Lebih nilai dengan waranti pengeluar selama lima tahun
Dengan penarafan lima bintang NCAP, Ford Ranger Raptor X Baharu Edisi Khas didatangkan dengan waranti pengeluar selama lima tahun atau 160,000km (yang mana terdahulu) untuk model Tahun Buatan 2021 ke atas dan disasarkan untuk memberi nilai yang lebih baik kepada pemilik Ranger baharu.


Select Language
Ikuti Ford Malaysia
© Sime Darby Auto ConneXion Sdn Bhd
Talian Jualan Ford Kini Di WhatsApp

Talian jualan kami kini beroperasi di WhatsApp dari Isnin ke Jumaat, 10AM sehingga 7PM & Sabtu 10AM sehingga 2PM (tidak termasuk cuti umum).

Untuk pertanyaan mengenai Selepas Jualan / Alat Ganti / Waranti, sila hubungi Perkhidmatan Pelanggan kami di 1300 38 3181, Isnin - Jumaat, 9AM sehingga 5PM (tidak termasuk cuti umum) atau emel customercare.sdac@simedarby.com.

Tekan butang di bawah untuk memulakan pertanyaan anda.

We're currently undergoing maintenance. Please key in a password to access the website.
Ooops!
Generic Popup