SDAC-Ford Tawar Penjimatan Sehingga 20% untuk Pelanggan Servis April ini
  • Penjimatan sehingga 20 peratus untuk alat ganti terpilih, penjimatan 10 peratus upah kerja untuk pakej terpilih1 dan pemeriksaan kenderaan 27-poin secara percuma.
  • Hanya alat ganti tulen Ford digunakan oleh juruteknik terlatih dengan waranti selama 12 bulan atau 20,000km, yang mana terdahulu, tidak termasuk alat ganti haus dan lusuh.
  • Tempoh kempen berlangsung dari 1 April sehingga 31 Mei 2021.


KUALA LUMPUR, Malaysia, 1 April 2021 - Sime Darby Auto ConneXion (SDAC) pengedar tunggal jenama Ford di Malaysia hari ini mengumumkan promosi servis bermula 1 April sehingga 31 Mei 2021 bersempena musim perayaan yang bakal menjelang.

“Kami sentiasa mensasarkan untuk memberikan faedah dan perkhidmatan tambahan kepada para pelanggan kami. Melalui promosi servis ini, kami mahu menawarkan penjimatan kepada pelanggan pada musim perayaan ini bagi memastikan mereka dan kenderaan mereka berada dalam keadaan selamat dan optima semasa menjalani aktiviti harian,” kata Turse Zuhair, Ketua Jualan, Sime Darby Auto ConneXion.

Servis dengan Penjimatan Sehingga 20% Serta Ganjaran Lain
Apabila pelanggan membuat janji temu servis kenderaan semasa tempoh ini, mereka dapat menikmati penjimatan sehingga 20 peratus untuk alat ganti dan minyak enjin terpilih1.

Untuk lebih penjimatan, para pelanggan boleh menikmati potongan 20 peratus untuk pakej brek dan tali sawat pemasaan, potongan sehingga 20 peratus untuk pakej minyak pelincir, tambahan pula potongan 10 peratus untuk upah kerja bagi pakej-pakej1 yang disebutkan.

Untuk lebih kelegaan terhadap para pemilik Ford, mereka boleh mendapatkan pemeriksaan kenderaan 27-poin secara percuma yang dilakukan oleh juruteknik Ford yang bertauliah bagi memastikan kenderaan mereka berada di dalam keadaan yang cukup baik.

Di samping itu, para pelanggan yang berbelanja lebih daripada RM350 dalam satu resit akan mendapat satu mug eksklusif2 dan sampul hijau akan diberikan kepada semua pelanggan servis2.

Alat Ganti Tulen Ford dengan Waranti
Pelanggan tidak perlu bimbang kerana hanya alat ganti pengeluar peralatan asli (OEM) digunakan apabila melakukan servis kenderaan di mana-mana 39 pusat servis berdaftar Ford di seluruh negara.

Dengan Alat Ganti Tulen Ford, pelanggan mendapat jaminan standard kualiti, pemasangan dan kemasan terbaik kerana alat gantinya memang dibuat khusus untuk kenderaan Ford bagi memastikan prestasi yang cemerlang.

Tambahan lagi, kesemua alat ganti tulen Ford memiliki waranti untuk tempoh 12 bulan atau 20,000km, yang mana terdahulu, tidak termasuk alat ganti haus dan lusuh.

Tempah Janji Temu dalam Talian e-Servis Hari Ini
Demi lebih kemudahan, pelanggan boleh menempah janji temu servis secara dalam talian melalui laman web Ford, bila-bila masa dan di mana-mana juga.

Pelanggan juga boleh membuat janji temu e-Servis dalam masa nyata di tujuh Pusat Servis berdaftar Ford di seluruh negara – iaitu Ford Ara Damansara, Ford Petaling Jaya 2, Ford Juru, Ford Butterworth, Ford Kuching, Ford Kota Kinabalu dan Ford Tawau.

Pelanggan dapat terus mengetahui slot servis yang ada di pusat yang dipilih dan terus menempah dan mengesahkan waktu yang dipilih, sebulan lebih awal.

Untuk membuat tempahan temu janji e-Servis, sila tekan sini.

Selain itu, pelanggan juga boleh terus menghubungi Pusat Servis Ford atau hubungi Customer Care Hotline di talian 1300 38 3181.

Memandangkan Prosedur Pengendalian Standard (SOP) untuk memerangi Covid-19 dilaksanakan di semua premis, termasuk kawalan kumpulan dan penjarakan sosial, pelanggan dinasihatkan membuat janji temu terlebih dahulu.

Nota:
1Terma dan syarat sah untuk model-model Ford yang terpilih
2 Selagi stok masih ada

Select Language
Ikuti Ford Malaysia
© Sime Darby Auto ConneXion Sdn Bhd
Talian Jualan Ford Kini Di WhatsApp

Talian jualan kami kini beroperasi di WhatsApp dari Isnin ke Jumaat, 10AM sehingga 7PM & Sabtu 10AM sehingga 2PM (tidak termasuk cuti umum).

Untuk pertanyaan mengenai Selepas Jualan / Alat Ganti / Waranti, sila hubungi Perkhidmatan Pelanggan kami di 1300 38 3181, Isnin - Jumaat, 9AM sehingga 5PM (tidak termasuk cuti umum) atau emel customercare.sdac@simedarby.com.

Tekan butang di bawah untuk memulakan pertanyaan anda.

We're currently undergoing maintenance. Please key in a password to access the website.
Ooops!
Generic Popup