SDAC-Ford Umum Tawaran Musim Perayaan untuk Ranger Raptor dan WildTrak dengan Penjimatan sehingga RM8,000
  • Penjimatan sehingga RM8,000 untuk Ranger Raptor* dan sehingga RM7,000 untuk Ranger WildTrak*
  • Tempoh kempen bermula sekarang sehingga 30 April 2021


KUALA LUMPUR, Malaysia, 14 April 2021 – Sime Darby Auto ConneXion (SDAC), pengedar tunggal jenama Ford di Malaysia, menawarkan penjimatan menarik untuk model terpilih Ford Ranger Raptor dan WildTrak Buatan 2020 bermula sekarang sehingga 30 April 2021, sebelum musim perayaan yang bakal menjelang.

Pelanggan yang mengidamkan Ford Ranger Raptor boleh berjimat sehingga RM8,000*, sementara yang inginkan Ranger WildTrak yang kemas dan pintar boleh berjimat sehingga RM7,000*.

“Sebagai model terunggul untuk kelasnya, Ranger Raptor dan WildTrak merupakan lambang trak pikap gaya hidup yang menjadi pilihan para pelanggan yang bijak dan peminat pikap di Malaysia. Dengan tawaran instimewa ini, kami berharap dapat memberikan lebih penjimatan kepada pelanggan pada musim perayaan ini,” kata Turse Zuhair, Ketua Jualan, Sime Darby Auto ConneXion.

Ranger Raptor kekal sebagai trak pikap berprestasi dan berkelajuan tinggi buatan kilang yang unggul di Malaysia, dinadikan dengan DNA Prestasi Ford yang melangkaui jangkaan dan mampu mendebarkan peminat aksi lasak tegar.

Prestasi lasak Raptor diperakui berdasarkan keupayaan sistem gantungan Fox Racing Shox setaraf kereta lumba, Sistem Pengurusan Mukabumi meliputi mod Baja yang canggih dan enjin diesel 2.0L Bi Turbo yang dikalibrasi penuh teliti dengan transmisi automatik 10-kelajuan yang menghasilkan tenaga 213 PS dan daya kilas setinggi 500Nm.

Untuk pelanggan yang mencari perincian yang tiada dalam segmen pikap, Ranger WildTrak adalah pilihan yang sesuai. Ia menawarkan pelbagai teknologi keselamatan pintar termasuk ciri-ciri yang berkelas seperti Brek Kecemasan Autonomi dengan Pengesan Kenderaan dan Pejalan Kaki, Amaran dan Bantuan Keluar Laluan dan Amaran Pelanggaran Depan.

Ranger WildTrak ini juga didatangkan dengan Parkir Selari Separa Automatik yang pertama dan satu-satunya dalam kelas, dicipta untuk membantu anda mencari ruang parkir dengan saiz yang sesuai dan turut memandu sendiri secara automatik untuk parkir yang tepat. Ini menjadikan parkir selari di tempat parkir yang sempit lebih senang dan mudah.

Sekiranya anda berminat sila hubungi pengedar Ford yang berdaftar atau WhatsApp ke Jurujual Digital Ford di talian +60 19-204 1200 untuk maklumat lanjut.

Nota:
*Tertakluk kepada terma dan syarat. Sah untuk model Ford Ranger Buatan 2020 sahaja.


Select Language
Ikuti Ford Malaysia
© Sime Darby Auto ConneXion Sdn Bhd
Talian Jualan Ford Kini Di WhatsApp

Talian jualan kami kini beroperasi di WhatsApp dari Isnin ke Jumaat, 10AM sehingga 7PM & Sabtu 10AM sehingga 2PM (tidak termasuk cuti umum).

Untuk pertanyaan mengenai Selepas Jualan / Alat Ganti / Waranti, sila hubungi Perkhidmatan Pelanggan kami di 1300 38 3181, Isnin - Jumaat, 9AM sehingga 5PM (tidak termasuk cuti umum) atau emel customercare.sdac@simedarby.com.

Tekan butang di bawah untuk memulakan pertanyaan anda.

We're currently undergoing maintenance. Please key in a password to access the website.
Ooops!
Generic Popup