Ford Bekerjasama dengan 3M, GE, UAW bagi Mempercepatkan Pengeluaran Respirator untuk Kakitangan Kesihatan dan Ventilator untuk Pesakit Virus Korona
  • Ford sedang bekerjasama dengan 3M untuk menghasilkan Respirator yang Dikuasakan dengan Pembersih Udara (PAPRs). Ford dan 3M sedang bekerjasama menghasilkan rekaan terbaru yang menampilkan keunikan kedua-dua syarikat bagi memenuhi permintaan segera untuk pasukan bertindak pertama dan kakitangan kesihatan; Ford sedang meneroka cara penghasilan PAPR baharu dengan menggunakan kemudahan Ford yang ditambah lagi dengan penghasilan oleh 3M.
  • Ford dan GE Healthcare sedang bekerjasama untuk memperluaskan lagi penghasilan rekaan ventilator bagi menyokong pesakit yang mengalami kegagalan respiratori atau kesukaran bernafas.
  • Ford dengan kerjasama UAW, akan mengumpulkan lebih daripada 100,000 penghadang muka plastik yang amat diperlukan di tapak pengilangan Ford bagi membantu kakitangan kesihatan, pekerja kilang dan kerani stor; Ford juga akan mengetengahkan kemampuan percetakan 3D dalam syarikat bagi menghasilkan komponen untuk digunakan dalam peralatan perlindungan peribadi.

DEARBORN, Mich., 27 Mac, 2020 - Penglibatan Ford Motor Company bersama pasukan firma-firma seperti 3M dan GE Healthcare, telah menyumbangkan kepakaran pengilangan dan kejuruteraan bagi mempercepatkan lagi penghasilan keperluan dan alat kelengkapan perubatan untuk kakitangan kesihatan, pasukan bertindak pertama dan pesakit yang sedang berjuang melawan virus korona.

Tambahan lagi, Ford bercadang untuk mengumpulkan lebih daripada 100,000 penghadang muka setiap minggu dan mengetengahkan kemampuan percetakan 3D dalam syarikat bagi menghasilkan komponen untuk digunakan dalam peralatan perlindungan peribadi.

“Inilah masa yang kritikal untuk warga Amerika dan seluruh dunia. Inilah masanya untuk bertindak dan bekerjasama. Dengan gabungan kerjasama daripada pelbagai industri, pastinya kita mampu melakukan perubahan sebenar untuk mereka yang memerlukan dan para barisan hadapan dalam krisis ini,” kata Bill Ford, pengerusi eksekutif Ford. “Di Ford, kami benar-benar ingin bertindak dan memberi sumbangan dalam tempoh di mana kita amat memerlukan satu sama lain, sama seperti mana kita saling memerlukan sepanjang 117 tahun sejarah syarikat kita ini.”

Respirator yang Dikuasakan dengan Pembersih Udara
Ahli pasukan Ford sedang berusaha dengan 3M untuk meningkatkan kapasiti pengilangan rekaan respirator yang dikuasakan dengan pembersih udara (PAPR) dan bekerja sama-sama bagi menghasilkan rekaan baharu yang mengetengahkan bahagian daripada kedua-dua syarikat demi memenuhi permintaan tinggi daripada pasukan bertindak pertama dan kakitangan kesihatan. Respirator baharu ini boleh dihasilkan menggunakan kemudahan Ford yang dikendalikan oleh pekerja UAW.

Bagi mempercepatkan proses, pasukan Ford dan 3M telah mendapatkan lambakan bahan-bahan tersedia seperti kipas daripada tempat duduk dingin Ford F-150 yang beraliran udara, penapis udara 3M HEPA untuk menapis kontaminan bawaan udara seperti titisan yang membawa partikel virus dan pek alatan bateri mudah alih sebagai bekalan kuasa untuk semua respirator sehingga 8 jam.

Ford sedang meninjau bagaimana untuk menghasilkan PAPR generasi baharu ini dengan menggunakan salah satu kemudahan pengilangan di Michigan, membantu 3M meningkatkan penghasilannya yang berpotensi mencapai sepuluh kali ganda.

“Bekerja dengan 3M dan GE, kami telah memperkukuhkan lagi pasukan jurutera dan pereka kami untuk jadi kurang cerewet dan kreatif bagi membantu percepatkan peningkatan penghasilan alatan penting ini.”, kata Jim Hackett, presiden dan CEO Ford. “Kami kerap berbincang dengan pihak persekutuan, negeri dan setempat bagi memahami lagi kawasan yang amat memerlukan bantuan. Kami menumpukan usaha meningkatkan bekalan respirator, penghadang muka dan ventilator yang dapat membantu kakitangan kesihatan, pekerja bidang kritikal juga mereka yang telah dijangkiti virus.”

“Kami sedang meneroka lagi peluang yang ada untuk meluaskan lagi kapasiti 3M dan mendapatkan bekalan kesihatan secepat mungkin untuk disalurkan kepada mereka yang betul-betul memerlukan. Usaha ini turut melibatkan pelbagai lagi syarikat ternama sebaris Ford,” kata Mike Roman, pengerusi lembaga 3M dan ketua pegawai eksekutif. “Adalah amat penting untuk kita memudah alihkan semua sumber yang digunakan bagi menyelamatkan nyawa dan melawan penyakit ini, dan saya amat berterima kasih kepada Ford dan pekerja-pekerjanya untuk usahasama ini.”

Ventilator
Selain itu, Ford dan GE Healthcare sedang bekerja sama-sama untuk memperluaskan penghasilan rekaan ventilator GE Healthcare lebih ringkas daripada yang sedia ada bagi menyokong pesakit yang mengalami kegagalan respitori atau kesukaran bernafas berpunca daripada COVID-19. Ventilator ini boleh dihasilkan di tapak pengilangan Ford sebagai tambahan kepada lokasi GE.

“Kami rasa bersemangat bila melihat syarikat-syarikat daripada pelbagai industri telah memilih cara pengendalian bersifat mudah alih bagi seiring dengan situasi berdepan dengan COVID-19 yang semakin mencabar,” kata Kieran Murphy, Presiden & CEO GE Healthcare. “Kami berbesar hati kerana berpeluang menyumbangkan kepakaran teknikal dan klinikal kami dalam kolaborasi dengan Ford, sama-sama bekerja memenuhi permintaan terhadap teknologi yang menyelamatkan nyawa dan bantuan sokongan kecemasan kepada pesakit yang tidak pernah berlaku sebelum ini.”

Bekerjasama untuk inisiatif seperti ini menepati permintaan bantuan yang dibuat oleh kerajaan U.S.

Respirator dan Penghadang Muka
Dalam masa yang sama, pasukan pereka Ford U.S. sedang mempercepatkan lagi penghasilan dan mula menguji penghadang muka penuh lutsinar untuk pekerja perubatan dan pasukan bertindak pertama. Penghadang muka penuh itu melindungi muka dan mata sepenuhnya daripada terkena sebarang cecair secara tidak sengaja dan bila digandingkan dengan respirator N95, ia akan menjadi lebih efektif berbanding penggunaan respirator N95 semata-mata bagi mengehadkan kebarangkalian untuk terdedah kepada virus korona.

1,000 penghadang muka pertama akan diuji minggu ini di Detroit Mercy, Henry Ford Health Systems dan Detroit Medical Center Sinai-Grace Hospitals. Dianggarkan 75,000 penghadang muka ini akan siap minggu ini dan lebih daripada 100,000 penghadang muka akan dihasilkan setiap minggu dengan menggunakan kemudahan di syarikat subsidiari Ford iaitu Troy Design & Manufacturing di Plymouth, Mich.

Ford mengetengahkan Advanced Manufacturing Center di Redford, Mich., dan kemampuan percetakan 3D untuk mengilang komponen dan unit gabungan untuk digunakan dalam peralatan perlindungan peribadi.

Ford sedang menganalisis usaha lain yang tidak melibatkan GE Healthcare dengan kerajaan U.K. bagi menghasilkan tambahan ventilator.

Di China, rakan niaga Ford iaitu Jiangling Motors juga telah menyumbangkan 10 van ambulans Transit dengan kelengkapan istimewa ke hospital-hospital di Wuhan, iaitu lokasi bermulanya penularan virus korona. Ford juga cuba mendapatkan semula 165,000 respirator N95 dari China yang pada asalnya dihantar oleh Ford ke China pada awal tahun ini untuk membantu lawan virus korona.

Ford juga telah menggerakkan pasukan yang membantu pihak hospital mencari dan memastikan keselamatan kawasan yang memerlukan respirator N95 dan pembedahan. Setakat ini, Ford telah memberi komitmen sepenuhnya untuk menghantar 40,000 topeng pembedahan ke Henry Ford Health Systems sementara terjumpa mencari tambahan bekalan.

Select Language
Ooops!
Generic Popup