SDAC-Ford Bakal Lancar Ranger Raptor dan Perkenalkan Mustang Baharu di Kuala Lumpur International Motor Show 2018
  • Pelancaran rasmi Ford Ranger Raptor, termasuklah perincian reka bentuk, rangkaian kuasa, keupayaan dan harganya. Prebiu eksklusif Mustang baharu yang diterbangkan khas untuk acara yang berlangsung selama 10 hari itu 
  • Pelbagai aktiviti menarik disediakan seperti Pandu Uji Realiti Maya, Pengalaman Memandu Augmented Reality (Realiti Terimbuh) dan Lawatan Audio Sendiri (Self-Guide Audio Tour) 
  • Tawaran istimewa untuk pengunjung yang membuat tempahan di acara Kuala Lumpur International Motor Show 2018 (KLIMS 2018) yang berlangsung pada 23 November 2018 hingga 2 Disember 2018

KUALA LUMPUR, Malaysia, 14 November 2018 – Sime Darby Auto Connexion (SDAC), pengedar tunggal kenderaan Ford di Malaysia mengumumkan penyertaannya dalam acara Kuala Lumpur International Motor Show 2018 yang akan berlangsung pada 23 November 2018 hingga 2 Disember 2018. Acara itu bakal menyaksikan pelancaran rasmi trak Ford yang terbaik tahun ini, pertama kali dibina terus dari kilang dan memiliki prestasi tinggi di laluan luar jalan raya. Menggabungkan karekter ‘Built Ford Tough’ Ranger bersama DNA Prestasi Ford, Ranger Raptor jelas telah menetapkan satu penanda aras dari segi keupayaannya di laluan luar jalan raya.


Selain Ranger Raptor, Sime Darby Auto Connexion (SDAC) juga akan memperkenalkan Mustang baharu secara eksklusif kepada pengunjung. Unit tersebut diterbangkan ke Malaysia dan akan dipamerkan khusus untuk acara yang berlangsung selama 10 hari itu.

Ruang pameran Ford-SDAC akan memberi fokus untuk menawarkan pengalaman penerokaan menerusi teknologi yang interaktif dan mengasyikkan kepada pelanggan. Ia membolehkan para pengunjung berhubung dengan jenama ini melalui kandungan yang boleh dikongsi di media sosial. Pengalaman interaktif itu merangkumi Pandu Uji Realiti Maya yang mendidik orang ramai mengenai teknologi keselamatan Ford. Manakala Pengalaman Memandu Augmented Reality (Realiti Terimbuh) membawa pemandu meneroka pelbagai permukaan laluan yang mampu diharungi oleh Raptor menerusi Terrain Management System (TMS).

Satu lagi tarikan ialah Lawatan Audio Sendiri (Self-Guide Audio Tour) yang membolehkan pengunjung melawat ruang pameran mengikut masa sendiri menggunakan fon audio. “Lawatan peribadi” ini membolehkan pengunjung mengetahui tentang konsep reka bentuk ruang pameran, sejarah Ford di Malaysia, promosi dan aktiviti, selain memberitahu mereka mengenai semua kenderaan yang dipamerkan.

Para pengunjung yang menempah Ranger dan Mustang Baharu pada acara tersebut berpeluang merebut baucar tunai di dalam sebuah mesin terowong angin. Acara itu juga menyaksikan SDAC menyerahkan kenderaan Ford Performance, Ranger Raptor kepada para pemilik pertamanya.

Ruang pameran SDAC-Ford (No.1009) terletak di Hall 2 di bangunan Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC). Ia dibuka kepada orang ramai mulai jam 10 pagi hingga 10 malam pada hujung minggu dan pada 11 pagi hingga 10 malam sepanjang hari biasa bermula 23 November hingga 2 Disember.

Select Language
Ooops!
Generic Popup