SDAC-Ford Menawarkan Ganjaran Berganda melalui Penjimatan Sifar GST, Musim Perayaan yang bakal tiba dan Sambutan Ulang Tahun ke-10
  • Sime Darby Auto Connexion mengumumkan harga sifar GST ke atas semua rangkaian model Ford di Malaysia dengan penjimatan sehingga RM33,000
  • Sempena sambutan ulang tahun yang ke-10 pada 30 Jun nanti, Sime Darby Auto Connexion menawarkan promosi luar biasa – beli Mustang dan berpeluang untuk dapat sebuah Ford Fiesta 1.5L Sport secara percuma, penyelenggaraan percuma selama dua tahun untuk mana-mana varian Ranger Wildtrak, harga istimewa bermula daripada RM147,000 untuk Ford S-Max dan peraduan yang menawarkan sebuah Ford Fiesta 1.5L Sport serta hadiah bulanan telefon pintar Huawei Mate 10 Pro
  • Bagi meraikan kegembiraan rakyat Malaysia sepanjang tempoh ini, SDAC turut menawarkan hadiah perayaan ‘Raya Joy & Enjoy’ selama 13 hari. Satu hadiah barangan elektrik, telefon pintar atau gajet sedia untuk dimenangi pada setiap hari melalui pendaftaran kenderaaan bermula 1 – 13 Jun 2018

KUALA LUMPUR, Malaysia, 25 Mei 2018 – Sime Darby Auto Connexion (SDAC), pengedar tunggal kenderaan Ford di Malaysia hari ini mengumumkan harga baharu untuk rangkaian model Ford di Malaysia berkuat kuasa mulai 1 Jun 2018, sempena pelaksanaan kadar GST sifar.

Harga baru yang menawarkan penjimatan mencecah RM33,000 itu sah sehinggalah cukai jualan dan perkhidmatan (SST) diperkenalkan semula. Rakyat Malaysia wajar mengambil kesempatan sepanjang tempoh tiada cukai ini dengan membuat tempahan sekarang, selain memastikan proses mendapatkan pinjaman dapat dipercepatkan bagi memastikan mereka boleh menikmati penjimatan GST sehingga 1 Jun, di samping promosi yang sedang berlangsung sekarang.

Berikut adalah harga model-model utama Ford dengan dan tanpa GST. Semua harga yang dinyatakan adalah di atas jalan, tidak termasuk insurans dan tawaran promosi jangka pendek.

“Inilah masa terbaik untuk memiliki sebuah Ford. Tempoh bebas cukai di antara 1 Jun hingga pelaksanaan semula SST menawarkan peluang terbaik buat pelanggan menikmati penjimatan hebat ke atas rangkaian kenderaan kami,” kata Pengarah Urusan Sime Darby Auto Connexion, Syed Ahmad Muzri Syed Faiz.

“Kepuasan pelanggan menjadi keutamaan kami. Selain menawarkan penjimatan dengan ketiadaan GST, pelanggan juga boleh menikmati lebih banyak faedah melalui pelbagai promosi dan hadiah hebat yang menjadi sebahagian daripada kempen ‘Sambutan Berganda’ (Triple Celebration) kami,” katanya lagi.

Raikan ulang tahun ke-10 SDAC dengan pelbagai promosi dan hadiah hebat

Sempena sambutan ulang tahun ke-10, SDAC menawarkan banyak tawaran hebat ke atas model-model terpilih Ford sehingga 30 Jun 2018.

Pelanggan yang membeli sebuah Ford Mustang akan memandu pulang sebuah Ford Fiesta 1.5L Sport secara percuma.

Ford S-Max dalam unit terhad juga ditawarkan pada harga istimewa bermula daripada RM147,000.

Bukan itu sahaja, pelanggan yang membeli mana-mana varian Ford Ranger Wildtrak akan menerima pakej servis dan penyelenggaraan percuma selama dua tahun atau sejauh 40,000km (mana-mana tiba dahulu).

Pelanggan yang membeli mana-mana varian Ford Ranger juga berpeluang memenangi pelbagai hadiah hebat iaitu sebuah Ford Fiesta 1.5L Sport baharu dan 15 unit telefon pintar Huawei Mate 10 Pro. Pemenang akan ditentukan melalui cabutan bertuah bulanan dengan lima buah telefon pintar sedia untuk dimenangi pada setiap bulan. 5 Pemenang cabutan pertama telah dikenalpasti, kini masih ada 10 unit telefon pintar untuk dimenangi. Pemenang hadiah utama akan diumumkan selepas cabutan terakhir pada Jun depan.

Sambutan Berganda dengan Promosi Jualan ‘Raya Joy & Enjoy’ selama 13 hari sahaja

Bagi memeriahkan lagi sambutan perayaan, SDAC kini menawarkan hadiah yang lebih menarik menerusi promosi jualan ‘Raya Joy & Enjoy’ yang berlangsung dari 1 hingga 13 Jun 2018.

Sepanjang promosi Raya ini, satu hadiah harian yang terdiri daripada barangan elektrik, telefon pintar atau gajet sedia untuk dimenangi selama 13 hari sehinggalah tibanya Hari Raya.

Tawaran ‘Raya Joy & Enjoy’ diberikan untuk pendaftaran mana-mana model Ford sepanjang tempoh promosi. Justeru, pelanggan digalakkan untuk menempah dan menghantar dokumen pinjaman sekarang supaya mereka sempat mendaftarkan kenderaan dalam masa 1 -13 Jun dan berpeluang memenangi hadiah yang ditawarkan.

Nota editor:
1. Semua harga yang dinyatakan adalah di atas jalan tanpa insurans di Semenanjung Malaysia dan untuk pendaftaran peribadi sahaja.

Select Language
Ooops!
Generic Popup