SDAC-Ford Menawarkan Penjimatan Sehingga RM113,000 dalam Kempen ‘Seize the Deal’
  • Sime Darby Auto Connexion umum kempen ‘Seize the Deal’ yang menawarkan rebat sehingga 17 peratus, selain penjimatan GST sebanyak enam peratus 
  • Nikmati penjimatan hebat sehingga RM113,000 untuk model-model popular Ford, tawaran ini sah untuk kenderaan yang didaftar mulai sekarang sehingga 31 Ogos 2018

KUALA LUMPUR, Malaysia, 05 Julai 2018 – Sime Darby Auto Connexion (SDAC), pengedar tunggal kenderaan Ford di Malaysia hari ini melancarkan kempen ‘Seize the Deal’ yang menawarkan rebat hebat sehingga 17 peratus, selain pengurangan GST enam peratus ke atas model-model terpilih Ford.

Menerusi promosi yang menarik ini, pelanggan boleh menikmati penjimatan sehingga RM113,000.

Sah di seluruh negara untuk semua varian Ford Mustang, Fiesta dan Ranger, promosi ini melibatkan kenderaan yang didaftarkan mulai sekarang hingga 31 Ogos 2018. Semua harga yang dinyatakan adalah di atas jalan, tidak termasuk insurans untuk Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak, serta pendaftaran individu sahaja.

Melalui kempen ini, kereta ikonik Ford Mustang ditawarkan pada harga bermula RM396,271 dengan penjimatan sehingga RM113,000 (rebat sehingga 13 peratus dan sifar GST). Didatangkan dalam dua varian - GT 5.0L dan 2.3L EcoBoost – Mustang baharu menampilkan gaya yang lebih kemas, atletik, enjin yang telah dipertingkatkan, dinamik pemanduan yang lebih mantap dan teknologi-teknologi bantuan pemandu terkini. Untuk ketenangan minda sepenuhnya, pelanggan yang membeli Mustang daripada pengedar sah SDAC-Ford akan menikmati jaminan pengilang selama tiga tahun.

Menawarkan gabungan terbaik di antara pengalaman pemanduan menyeronokkan dan dunia yang sentiasa terhubung, Ford Fiesta yang sporty kini boleh didapati pada harga promosi bermula RM68,401. Pelanggan boleh menikmati rebat sehingga 17 peratus, di samping kadar sifar GST untuk mendapat penjimatan mencecah RM20,300. Dibina untuk generasi digital, pelanggan yang pintar teknologi dan berjiwa muda boleh mendengar muzik kegemaran mereka secara langsung dan sentiasa terhubung ketika memandu Ford Fiesta.

Pelanggan yang mahukan trak pikap yang lasak, berkeupayaan tinggi, pintar dan menawarkan ruang kabin selesa seperti sebuah kereta pula boleh menikmati rebat sehingga 10 peratus, selain penjimatan sifar GST ke atas ‘Built Ford Tough’ Ranger. Gabungan ini memberi penjimatan sehingga RM19,830 pada harga bermula RM70,910.

Boleh didapati dalam 10 varian termasuk FX4, XLT, XL dan Standard, Ranger yang memenangi pelbagai anugerah terus menjadi antara trak pikap paling laris di pasaran. Terima kasih kepada ketahanan dan praktikaliti, teknologi dan ciri termaju, serta aspek kecekapan dan keperincian buatan yang telah ditambah baik. Antara anugerah terkini yang dimenangi oleh Ranger termasuklah ‘Pickup Truck of the Year’ oleh DSF.my Allianz Vehicle of the Year Awards (VOTY 2018) dan ‘Best 3 Pickup Trucks of Malaysia’ pada acara Aurizn Awards 2018.

“Sekarang adalah masa terbaik untuk memiliki sebuah kenderaan Ford. Kami menggalakkan seluruh rakyat Malaysia supaya memanfaatkan kempen ‘Seize the Deal’ dan menikmati penjimatan hebat daripada rebat serta kadar sifar GST ke atas seluruh rangkaian model popular Ford,” kata Pengarah Urusan Sime Darby Auto Connexion, Syed Ahmad Muzri Syed Faiz.
Select Language
Ooops!
Generic Popup