SDAC Melancarkan Peraduan Permainan Dalam Talian ‘Ford for Food’, Tawarkan Hadiah Mingguan dan Keseronokan Bermain Permainan Video Sambil Serlahkan Keupayaan Ford Ranger
  • Peraduan permainan dalam talian ‘Ford for Food’ merupakan satu permainan pemanduan berasaskan laman web yang direka khas untuk menawarkan pengalaman lebih interaktif kepada pelanggan
  • Terbuka kepada orang ramai berumur 18-tahun ke atas, permainan dalam talian ‘Ford for Food’ menawarkan peserta tiga peluang untuk memenangi pelbagai hadiah eksklusif pada setiap minggu
  • Bukan sekadar mengetahui lebih lanjut mengenai keupayaan Ford Ranger, pada masa yang sama pemain boleh mengutip lebih banyak mata permainan

KUALA LUMPUR, Malaysia, 25 Mei 2018 – Sime Darby Auto Connexion (SDAC), pengedar tunggal kenderaan Ford di Malaysia hari ini melancarkan peraduan permainan dalam talian ‘Ford for Food’. Permainan ini bertujuan untuk meningkatkan tahap keterlibatan dan menawarkan pengalaman digital yang lebih interaktif kepada pelanggan.

“Peraduan permainan dalam talian ‘Ford for Food’ dihasil berasaskan kepada minat rakyat Malaysia terhadap makanan, terutama di kalangan pemilik Ford Ranger yang cukup dikenali sebagai mereka yang gemar makan dan pemain gaming tegar. Permainan ini juga menawarkan cara yang interaktif dan mengujakan serta menampilkan pelbagai ciri serta keupayaan Ranger baharu yang sememangnya lebih pintar, lasak dan efisien,” kata Pengarah Urusan Sime Darby Auto Connexion, Syed Ahmad Muzri Syed Faiz.

Peraduan serta permainan video dalam talian ‘Ford for Food’ terbuka untuk orang ramai yang berusia 18 tahun ke atas dan akan berlangsung sehingga hujung tahun.

SDAC akan memberikan tiga hadiah dalam bentuk barangan eksklusif SDAC-Ford pada setiap minggu. Pemenang hadiah mingguan akan diumumkan di laman Facebook Ford Malaysia www.facebook.com/FordMalaysia.

Menampilkan model paling popular Ford yang tampil dalam bentuk paling berkuasa dan versatil - Ford Ranger Wildtrak – permainan ‘Ford for Food’ membawa peserta melalui laluan yang dipilih di beberapa buah negeri di seluruh Malaysia, bermula dengan Melaka serta menyatakan hidangan istimewa di setiap negeri tersebut.

Para pemain akan melalui tiga peringkat dalam permainan tersebut. Setiap peringkat menampilkan kondisi pemanduan berbeza – lebuh raya, off-road dan jalan bandar yang sibuk – untuk menunjukkan kemampuan rangkaian sistem bantuan pemandu termaju yang membolehkan Ranger diiktiraf sebagai trak pikap paling lasak dan berkeupayaan di dunia.

Ketika pemanduan di setiap peringkat, pemain ditugaskan untuk mengangkut sebanyak mungkin makanan untuk mendapatkan mata. Sepanjang permainan ini, pemain juga boleh mengaktifkan ciri-ciri utama Ranger ketika mengutip makanan untuk mendapatkan mata bonus tambahan.

Tiga pemain terbaik dengan skor paling tinggi dalam masa terpantas secara terkumpul pada setiap minggu akan dipilih sebagai pemenang. Peserta boleh bermain ‘Ford for Food’ sebanyak mungkin dalam masa seminggu untuk mencatat keputusan terbaik mereka. Keputusan permainan akan dipaparkan di paparan utama dan ditukar pada setiap minggu.

Untuk bermain permainan ini, para peserta hanya perlu melayari peraduan di laman web SDAC www.sdacford.com.my dan log masuk menerusi akaun Facebook peribadi masing-masing.

Permainan ‘Ford for Food’ adalah mesra peranti mudah alih, ia boleh dimainkan dengan menggunakan telefon pintar dan gajet-gajet lain, selain PC dan komputer riba.

Select Language
Ooops!
Generic Popup