Penjimatan sehingga 20 peratus Penyelenggaraan Kenderaan dengan Promosi Servis SDAC – Ford
  • Penjimatan sehingga 20 peratus untuk alat ganti terpilih, potongan 10 peratus untuk upah kerja dalam pakej terpilih1 dan pemeriksaan 27-poin percuma
  • Pelanggan boleh yakin bahawa hanya alat ganti tulen Ford akan digunakan oleh juruteknik terlatih yang dilindungi jaminan sepanjang tempoh 12 bulan atau 20,000kms, mana-mana dahulu, tidak termasuk alat ganti haus dan lusuh
  • Promosi servis bermula hari ini sehingga 15 Februari 2021

KUALA LUMPUR, Malaysia, 23 November 2020 – Sime Darby Auto ConneXion (SDAC), pengedar tunggal jenama Ford di Malaysia, hari ini mengumumkan Promosi Servis hujung tahun bermula 23 November 2020 sehingga 15 Februari 2021.

“Ketika negara menantikan tahun baharu dengan harapan untuk membebas daripada pandemik, memberi tumpuan pada arah kesihatan yang lebih baik merupakan keutamaan ramai. Sejajar dengan itu, kami menggalakkan semua pemilik Ford memastikan kesihatan kenderaan mereka turut diberi perhatian dengan memanfaatkan promosi servis yang ditawarkan,” kata Syed Ahmad Muzri Syed Faiz, Pengarah Pengurusan, Sime Darby Auto ConneXion.

Servis dengan Penjimatan Sehingga 20 Peratus1 dan Faedah Tambahan Percuma
Semasa pelanggan membuat tempahan waktu servis dalam tempoh Promosi Servis, pelanggan boleh memanfaatkan penjimatan sehingga 20 peratus untuk penyelenggaraan kenderaan bagi alat ganti terpilih dan minyak enjin. Penjimatan 10 peratus untuk upah kerja bagi pakej minyak pelincir, brek dan tali sawat pemasaan turut boleh dinikmati.

Selain itu, bagi memastikan kenderaan berada dalam keadaan terbaik, pelanggan boleh mendapatkan pemeriksaan 27-poin yang dilakukan oleh juruteknik Ford yang bertauliah secara percuma.

Pelanggan yang berbelanja melebihi RM350 dalam satu resit akan mendapat beg serbaguna eksklusif untuk aktiviti harian2.

Alat Ganti Tulen Ford
Apabila kenderaan diservis di mana-mana 42 pusat servis berdaftar Ford di seluruh negara, pelanggan boleh yakin bahawa hanya alat ganti dari Pengilang Peralatan Tulen (OEM) yang akan digunakan. Dengan alat ganti tulen Ford, pelanggan akan dijamin dengan standard kualiti tertinggi, pemasangan dan kemasan yang terbaik kerana ia sememangnya direka khas untuk kenderaan Ford demi mencapai prestasi terhebat.

Sebagai tambahan, semua alat ganti Ford adalah di bawah jaminan tempoh 12 bulan atau 20,000kms, yang mana-mana dahulu, tidak termasuk alat ganti haus dan lusuh.

Tempah Janji Temu Dengan Kami
Memandangkan kami mematuhi arahan kawalan kumpulan ramai dan penjarakkan sosial di premis kami, janji temu untuk servis kenderaan digalakkan dibuat terlebih dahulu.

Terdapat beberapa pilihan yang boleh dilakukan:
  • Tempah janji temu e-Servis dalam talian melalui laman web di sini.
  • Hubungi Pusat Servis Ford yang sah. Senarai pusat servis yang beroperasi boleh didapati di sini.
  • Talian Perkhidmatan Pelanggan di 1300 38 3181

Semua pusat servis dan bilik pameran masih dibuka di lokasi yang berada di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), bergantung kepada pengumuman kerajaan dari semasa ke semasa. Prosedur Operasi Standard bagi mengekang Covid-19 turut dikuatkuasakan di kesemua premis kami.

Nota:
1 Tertakluk kepada terma dan syarat serta hanya sah untuk model kenderaan Ford yang terpilih
2 Sementara stok masih ada

Select Language
Ooops!
Generic Popup