Sime Darby Motors Memenangi Anugerah Kepimpinan ICON Jenama Industri BrandLaureate Untuk Perbidangan Automotif
KUALA LUMPUR, Malaysia, 26 November 2018 – Sime Darby Motors telah memenangi Anugerah Kepimpinan ICON Jenama Industri BrandLaureate (BrandLaureate Industry Champion Brand ICON Leadership Award) untuk perbidangan automotif di Majlis Gala BrandLaureate 2018 baru-baru ini yang diadakan di The Majestic Hotel, Kuala Lumpur.

Anugerah ini mengiktirafkan sumbangan Sime Darby Motors kepada perkembangan dan pembangunan industri automotif di negara ini, dengan kepimpinan dan pengurusan yang kukuh, serta komitmen dan fokusnya dalam menawarkan produk dan perkhidmatan berkualiti tinggi kepada pelanggan.

“Kami di Sime Darby Motors amat berbesar hati menjadi penerima Anugerah Kepimpinan ICON Jenama Industri BrandLaureate yang berprestij untuk penjualan automotif. Saya mendedikasikan penghargaan ini kepada para pelanggan, pekerja, dan rakan kongsi perniagaan dan agensi kami yang telah memainkan peranan penting dalam kejayaan kami. Kami berterima kasih atas sokongan padu anda,” kata Dennis Ho, Pengarah Urusan – Malaysia, Taiwan, dan Thailand, Sime Darby Motors.

Ho kata, “Anugerah ini merupakan bukti usaha berterusan kami untuk mencapai kecemerlangan dalam memberikan yang terbaik pada para pelanggan. Kami akan berterusan untuk memberikan yang terbaik kepada pelanggan kami dalam setiap aspek dan mengekalkan kedudukan kami di bidang automotif.”

Sime Darby Motors Malaysia mewakili jenama automotif utama seperti BMW, MINI, Porsche, Ford, Jaguar, Land Rover dan Hyundai, dimana operasi penjualan menampilkan beberapa kemudahan terkini yang direka untuk menawarkan pengalaman memanpudan yang lebih baik kepada para pelanggan. Selain itu, Sime Darby Motors juga merupakan rakan kongsi Hertz dan Thrifty, iaitu perniagaan sewa kereta secara global, melalui Sime Darby Rent-A-Car. 


Anugerah ini merupakan anugerah BrandLaureate yang pertama untuk Sime Darby Motors.

Select Language
Ikuti Ford Malaysia
© Sime Darby Auto ConneXion Sdn Bhd
Talian Jualan Ford Kini Di WhatsApp

Talian jualan kami kini beroperasi di WhatsApp dari Isnin ke Jumaat, 10AM sehingga 7PM & Sabtu 10AM sehingga 2PM (tidak termasuk cuti umum).

Untuk pertanyaan mengenai Selepas Jualan / Alat Ganti / Waranti, sila hubungi Perkhidmatan Pelanggan kami di 1300 38 3181, Isnin - Jumaat, 9AM sehingga 5PM (tidak termasuk cuti umum) atau emel customercare.sdac@simedarby.com.

Tekan butang di bawah untuk memulakan pertanyaan anda.

We're currently undergoing maintenance. Please key in a password to access the website.
Ooops!
Generic Popup