SDAC-Ford Tawarkan Penjimatan untuk Varian Ford Ranger WildTrak, XLT Plus dan XL
  • Penjimatan sehingga RM7,000 untuk Ford Ranger WildTrak and Ranger XL; penjimatan RM7,188 untuk Ranger XLT Plus.

  • Ranger merupakan pelopor dalam menyediakan keselamatan unggul, teknologi dan keselesaan – direka bentuk agar menjadi pikap serba boleh, tahan lasak dan berkeupayaan, sesuai untuk kerja, santai atau kedua-duanya.

KUALA LUMPUR, Malaysia, 24 Julai 2020 - Sime Darby Auto ConneXion (SDAC), pengedar tunggal jenama Ford di Malaysia, hari ini mengumumkan promosi menarik yang menawarkan penjimatan untuk Ford Ranger WildTrak, XLT Plus and XL, yang sedang berlangsung sementara stok masih ada.

Para pelanggan yang berhasrat untuk mendapatkan Ford Ranger WildTrak dan Ford Ranger XL, pembelian kenderan tersebut akan mendapat rebat tunai sehingga RM7,000. Untuk pembelian Ford Ranger XLT PLUS pula, pelanggan boleh menikmati penjimatan sebanyak RM7,188.

“Barisan Ford Ranger terus menambat hati para pelanggan dengan reputasinya sebagai pikap yang berkeupayaan untuk apa jua tujuan samada untuk kerja, bersantai mahupun kedua-duanya. Dengan menawarkan penjimatan ini, kami berharap ia mengurangkan beban kewangan para pelanggan yang ingin menjadi pemilik sebuah Ford Ranger yang serba boleh dan tahan lasak,” kata Syed Ahmad Muzri Syed Faiz, Pengarah Urusan, Sime Darby Auto ConneXion.

Ford Ranger WildTrak dilengkapi dengan enjin 2.0L Bi-Turbo yang dipadankan dengan transmisi automatik 10-kelajuan yang memberikan tenaga luar biasa sehinnga 213PS dan daya kilas setinggi 500Nm. Menampilkan pelbagai teknologi pintar yang tersendiri dan menjadi peneraju di dalam kelasnya, WildTrak menawarkan kelasakan dan juga perincian yang tidak ada pada trak pikap lain dalam segmennya.

Ford Ranger XLT menampilkan enjin 2.0L Single Turbo yang mampu memberikan tenaga sehingga 180PS dan daya kilas setinggi 420Nm. Dilengkapi dengan ciri-ciri keselesaan seperti sistem masuk tanpa kunci dengan butang push-start dan Pintu Kargo Belakang Mudah-Angkat membuatkan ia sebagai pilihan ideal untuk kerja dan aktiviti pengembaraan.

Ford Ranger XL adalah kenderaan kerja yang amat sesuai untuk kerja-kerja lasak. Ia direka khusus untuk menjadikan semua tugas yang mencabar menjadi mudah, Kemampuannya membawa bebanan sehingga 1,000kg dan keupayaan menunda sehingga 3,500kg memberikan anda keyakinan untuk menyelesaikan apa jua kerja.

Khidmat digital dan khidmat tambahan lebih memudahkan
Para pelanggan yang ingin merebut peluang tawaran promosi kini boleh meminta untuk kenderaan pandu uji dihantar ke rumah atau pejabat mereka sekiranya wakil pengedar dipilih berada dalam jarak 10km radius. Pilihan pandu uji ini boleh diuruskan samada dengan menghubungi wakil pengedar terdekat, memohon secara dalam talian melalui laman web SDAC-Ford atau menghantar pesanan WhatsApp kepada Jurual Digital Ford di talian 019 204 1200.

‘Jurujual Digital’ juga akan melayan pertanyaan-pertanyaan berkaitan pembelian kenderaan termasuk kebolehsediaan stok, pinjaman pembiayaan, cukai jalan dan yuran pendaftaran kenderaan dan juga pilihan insuran.

“Dengan pandemik yang berterusan ini, perkhidmatan penghantaran pandu uji dan juga ‘Jurujual Digital’ ini bukan sahaja memudahkan malah ia memastikan keselamatan para pelanggan.Kami masih mengalu-alukan para pelanggan yang ingin melawat bilik-bilik pameran wakil pengedar termasuk fasiliti mercu tanda di kompleks automotif terbaharu kami di Sime Darby Motors City, Ara Damansara Petaling Jaya, Selangor. Kami ingin meyakinkan para pelanggan bahawa kami mengambil langkah-langkah keselamatan yang perlu termasuk penjarakan sosial, pemeriksaan suhu badan sebelum memasuki premis, menyediakan cecair sanitasi tangan, melakukan sanitasi dengan kerap di bahagian-bahagian yang sering disentuh,” kata Jeffrey Gan, Pengarah Urusan Jualan dan Edaran Malaysia, Sime Darby Motors.

Select Language
Ikuti Ford Malaysia
© Sime Darby Auto ConneXion Sdn Bhd
Talian Jualan Ford Kini Di WhatsApp

Talian jualan kami kini beroperasi di WhatsApp dari Isnin ke Jumaat, 10AM sehingga 7PM & Sabtu 10AM sehingga 2PM (tidak termasuk cuti umum).

Untuk pertanyaan mengenai Selepas Jualan / Alat Ganti / Waranti, sila hubungi Perkhidmatan Pelanggan kami di 1300 38 3181, Isnin - Jumaat, 9AM sehingga 5PM (tidak termasuk cuti umum) atau emel customercare.sdac@simedarby.com.

Tekan butang di bawah untuk memulakan pertanyaan anda.

We're currently undergoing maintenance. Please key in a password to access the website.
Ooops!
Generic Popup