Kelab Pemilik Ford Ranger Rantau Borneo Menamatkan Ekspedisi Darat 4x4 Pertama Ke Ulu Engkuah, Song
  • Menandakan 100 tahun ketahanan Ford Ranger sebagai trak pikap paling berkebolehan, dilengkapi dengan ciri-ciri pintar dan keselamatan terbaik dalam kelas yang dicipta khas buat menangani keadaan-keadaan ekstrem dunia sebenar.
  • Kelab Pemilik Ford Ranger (Ford Ranger Owner’s Club - FROC) Rantau Borneo merupakan kelab pertama untuk mengadakan ekspedisi darat ke Ulu Engkuah, di daerah Song.
  • FROC merancang untuk mengadakan lebih banyak ekspedisi ke kawasan-kawasan yang belum diterokai.

KAPIT, SARAWAK, Malaysia, 16 Oktober 2017 – Keseronokan dan kegembiraan merupakan gambaran terbaik perasaan kesemua 60 orang peserta Kelab Pemilik Ford Ranger (FROC) Rantau Borneo sebaik sahaja mereka menamatkan ekspedisi darat 4x4 pertama ke sebuah lokasi bernama Ulu Engkuah, yang terletak di Daerah Song, Kapit, Sarawak.

Dianjurkan oleh FROC dan disokong oleh Sime Darby Auto Connexion, pengedar tunggal Ford di Malaysia, ekspedisi tiga hari dua malam tersebut menandakan detik sejarah buat FROC yang telah memandu sejauh 120 kilometer dalam masa 8 jam melalui laluan kerikil Ngungun-Song Estate yang licin, melintasi sungai dan kawasan-kawasan berbukit yang tidak terjangka, dalam 16 buah trak pikap Ford Ranger.

“Ini memang merupakan salah satu ekspedisi ‘off-road’ 4x4 yang terbaik dan paling berjaya yang pernah dianjurkan FROC,” ujar Martinson Banyang, pengerusi penganjur FROC.

“Kumpulan kami bukan hanya berpeluang untuk mengalami laluan dan permukaan pemanduan yang sukar tetapi kami juga dapat mengalami budaya dan juadah penduduk-penduduk kampung, di samping menjadi lebih peka akan pentingnya pemuliharaan alam semulajadi,” katanya.

Ulu Engkuah merupakan sebuah perkampungan terpencil yang terletak di daerah Song, yang berada dibawah kawasan Kapit, Sarawak. Ia dikelilingi oleh hutan hujan Borneo yang subur dan tidak terusik, sungai-sungai yang jernih, dan udara yang segar. Terletak 120km dari pekan utama Kanowit, Sarawak, satu-satunya cara untuk ke Ulu Engkuah adalah melalui Sungai Rajang, sungai utama Sarawak. Pemetaan laluan darat oleh kumpulan FROC mengambil masa yang lama tetapi mereka berjaya melakukannya dengan bantuan orang-orang asli tempatan dari perkampungan berdekatan. Penerokaan laluan tersebut turut membuka peluang pembangunan buat penduduk Ulu Engkuah.

“Kami tidak mungkin dapat tiba di destinasi kami tanpa kenderaan lasak yang boleh dipercayai seperti Ford Ranger yang telah mengagumkan kami dengan ciri-ciri pintarnya dan keupayaannya untuk menangani halangan-halangan, anak-anak sungai, laluan-laluan beralun dan permukaan-permukaan berbukit yang tidak dijangka,” kata Martinson. “Ekspidisi ini turut memperkenalkan ahli-ahli baru kami dan juga komuniti-komuniti yang menetap di sana dengan sebuah laluan alternatif ke Ulu Engkuah.”

Dengan kemampuaan trak pikap Ford Ranger untuk membawa muatan berat maksima satu tan (atau 1000kg), para peserta tidak ragu-ragu untuk memuatkan Ford Ranger mereka dengan peralatan, makanan dan minuman, bahan-bahan perkhemahan, dan barangan peribadi untuk perjalanan tersebut. Mereka telah berjaya merentasi lereng-lereng bukit yang licin pada kecerunan sebanyak 45 darjah dengan bantuan ciri Kawalan Pecutan Bukit (Hill Launch Assist) yang dihidupkan tepat pada masa yang sesuai. Dengan keupayaan trak Ranger untuk merentasi air, mereka juga berjaya melalui perairan yang dalam mahupun yang cetek dengan mudah.

FROC telah bermula membuat perancangan untuk ekspidisi ‘off-road’ yang lebih menakjubkan dan ekstrem untuk mencabar tahap mental dan fizikal para peserta. Yang paling penting juga adalah untuk menguji keupayaan trak-trak Ranger dan kepakaran para pemandu ke tahap maksima dengan pemanduan jarak jauh selama 12 – 18 jam, jauh ke dalam hutan.

Layari laman Facebook Ford Malaysia untuk gambar-gambar lanjut.



Select Language
Ooops!
Generic Popup