KUALA LUMPUR, Malaysia, 15 April 2020 - Sime Darby Auto ConneXion (SDAC) pengedar tunggal jenama Ford di Malaysia hari ini mengumumkan bermulanya promosi Ford Ranger WildTrak untuk memberikan pelanggan penjimatan bagi pembelian kenderaan mereka.
"Kami tahu bahawa Ford Ranger WildTrak memang sentiasa menjadi kegemaran ramai. Oleh itu, kami menawarkan rebat tunai sebanyak RM7,000 bermula hari ini, dan kami berharap ini dapat mengurangkan beban kewangan kepada pelanggan kami yang berhasrat untuk menjadi pemilik Ford Ranger WildTrak kebanggaan mereka.” kata Syed Ahmad Muzri Syed Faiz, Pengarah Urusan, Sime Darby Auto ConneXion.
“Pada ketika ini, kami juga menyeru kepada semua agar terus tabah dan sentiasa berfikiran positif. Kita semua juga harus terus sentiasa memiliki sifat tanggungjawab sosial dengan mengambil tahu situasi semasa di samping sentiasa mengamalkan kebersihan diri,” tambahnya lagi.