Buat Masa terhad sahaja! miliki sebuah ford ranger XLT tanpa Kos penyelenggaraan untuk lima tahun* Dari Mana-mana pengedar sah Ford
  • Sifar kos penyelenggaraan untuk lima tahun atau 100,000km* dengan setiap pembelian Ford Ranger XLT 
  • Tawaran sah untuk pembelian yang dibuat dari sekarang sehingga 31 Disember 
  • Sebuah trak pintar yang berkuasa tapi penuh penjimatan dan dilengkapi teknologi-teknologi keselamatan 

KUALA LUMPUR, Malaysia, 01 Oktober 2017 – Sime Darby Auto Connexion (SDAC), pengedar tunggal Ford di Malaysia, sekali lagi melangkaui sempadan dengan tawaran-tawaran eksklusif buat pengguna di Malaysia yang ingin memiliki sebuah Ford Ranger XLT yang pintar, teguh dan cekap.

Buat masa terhad sahaja, SDAC menawarkan para pelanggan sebuah tawaran istimewa sifar kos penyelenggaraan untuk lima tahun atau 100,000km*, berserta rebat wang tunai dengan setiap pembelian Ford Ranger XLT, menjadikannya tawaran lumayan yang tiada bandingan untuk memiliki sebuah Ford Ranger!

“Ford telah menghasilkan trak-trak ikonik ini sepanjang 100 tahun lamanya dan ini merupakan kali pertama kami menawarkan tawaran istimewa untuk Ford Ranger XLT buat pengguna di Malaysia yang mengidamkan trak yang pintar, teguh dan cekap,” kata Syed Ahmad Muzri Syed Faiz, pengarah urusan, Sime Darby Auto Connexion.

Model Ranger XLT dilengkapi dengan teknologi-teknologi pintar seperti Kawalan Stabiliti Elektronik (Electronic Stability Control) bersama Kawalan Cengkaman (Traction Control), yang mengawal kekurangan pengemudian (understeering) dan kelebihan pengemudian (oversteering) dengan membetulkan garis panduan menerusi gabungan penggunaan brek pada roda yang sesuai dan mengurangkan tork enjin. Kawalan Muatan Adaptif (Adaptive Load Control), yang mengambil kira keadaan muatan kenderaan, memastikan Kawalan Stabiliti Elektronik digunakan dengan sewajarnya.

Selain ciri-ciri tersebut, sistem Pengurangan Olengan (Rollover Mitigation system) mampu mengenalpasti situasi-situasi pemanduan yang merbahaya, lantas mengaktifkan Kawalan Stabiliti Elektronik untuk mengembalikan stabiliti kenderaan. Model Ranger XLT turut dilengkapi Pengemudian Berkuasa Elektronik (Electronic Power-Assisted Steering). Ia mempunyai keupayaan menunda sebanyak 3,500kg dan pelbagai lagi ciri-ciri pintar dan keselamatan 5-bintang.

Ford Ranger XLT boleh didapati dalam pilihan enjin diesel Duratorq empat-silinder TDCi 2.2-liter dengan kuasa sebanyak 160Ps dan tork sebanyak 385Nm, atau enjin diesel Duratorq lima-silinder TDCi 3.2-liter, dengan penjanaan kuasa sebanyak 200Ps dan tork sebanyak 470Nm yang mengagumkan untuk kuasa dan tork maksima ketika kerja-kerja menunda yang berat. Kedua-dua enjin adalah sangat berkemampuan untuk melaksanakan apa jua tugas, di mana sahaja, dengan penuh penjimatan.

Model Ranger 2.2-liter XLT boleh didapati dalam lima warna: Aluminium Metallic, Aurora Blue, Cool White, Metropolitan Grey dan Black Mica. Varian Ranger 3.2-liter XLT pula boleh didapati dalam empat warna - Aluminium Metallic, Cool White, Metropolitan Grey dan Black Mica.

Kunjungi bilik pameran Ford berhampiran anda untuk menikmati tawaran ini dari sekarang sehingga 31 Disember.

Untuk maklumat lanjut mengenai Ranger, lawati mana-mana pengedar Ford.

*mana-mana yang terlebih dahulu


Select Language
Ooops!
Generic Popup