Baju Berkedut atau Usia Pendek: Buat pilihan anda! 5 petua memandu praktikal untuk membantu anda menjadi pemandu baru yang lebih berhemat

KUALA LUMPUR, Malaysia, 07 Jun 2018 - Anda memandu dalam suasana penuh cabaran dan mungkin berbahaya di kota yang sesak. Lalu lintas terlalu sibuk, gangguan berterusan dan sikap sesetengah pemandu dan pejalan kaki yang sukar dijangka, sentiasa membahayakan. Walaupun berada dalam kereta lebih selamat berbanding skuter, tindak balas anda sendiri yang menyelamatkan anda.

Kajian terbaru Ford mendapati begitu ramai pemandu baru yang mengamalkan tingkah laku berisiko tinggi semasa memandu – seperti memandu laju dan menonton TV. Walaupun malang tidak berbau, pengetahuan mengenai peraturan jalan raya dan amalan beberapa petua praktikal boleh membantu melindungi anda di jalan raya – baik perjalanan jauh mahupun dekat.

Petua Memandu #1: Ikat tali pinggang keselamatan!
Bunyi seperti biasa didengar, tapi memakai tali pinggang keselamatan ialah Petua #1. Namun masih ramai yang seolah-olah terpaksa melakukannya, terutama penumpang belakang.

Sebabnya mungkin mengejutkan anda. Salah satu alasan biasa mengelak memakai tali pinggang keselamatan ialah takut baju berkedut! Hmmm, cuba pertimbangkan sebaliknya. Jika tidak memakai tali pinggang keselamatan, anda terdedah kepada kecederaan andai berlaku kemalangan (dan baju ada pastinya tidak lagi cantik). Atau, pakai tali pinggang keselamatan dan kurangkan kebarangkalian kecederaan sehingga separuh jika berlaku kemalangan – dan mengurangkan risiko kematian sebanyak 45%. Percayalah, selepas memakai tali pinggang keselamatan baju anda tetap cantik dan tidak berkedut. Jadi, pakailah tali pinggang keselamatan.

Petua Memandu #2 – Ketahui kereta anda

Memang ketara bahawa setiap kereta adalah berbeza. Jadi kenali ciri-ciri kereta yang anda pandu untuk mengelakkan gangguan semasa memandu. Fahami cara menggunakan lampu depan, pengelap cermin dan kawalan suhu, sebelum hari mulai gelap, sebelum musim tengkujuh melanda, sebelum anda kelam kabut untuk menghidupkan penyaman udara. Petua mudah ini dapat membantu anda mengerti simbol-simbol pada papan pemuka.

Kebanyakan kereta moden masa kini dilengkapi teknologi bantuan pemandu supaya anda lebih selamat di jalan yang sibuk. Biasakan diri anda dengan teknologi ini sebelum memandu. Contohnya Ford Ranger Wildtrak dilengkapi Amaran Rempuhan Depan & Mitigasi Brek yang memberi amaran terhadap halangan di hadapan manakala Sistem Amaran Kekal Laluan mengeluarkan getaran pada stereng untuk mengejutkan pemandu apabila kenderaan terkeluar dari laluan asal.


Petua Memandu #3 – Jangan hilang tumpuan
Bunyi telefon. Media sosial. Kanak-kanak yang bising, Makan minum. Bermekap, Kurang tidur. Muzik yang kuat. Bilangan gangguan sebegini tiada hujungnya. Tumpuan yang hilang semasa memandu amat berkait rapat dengan jumlah kemalangan dan kecelakaan yang semakin meningkat dan membahayakan anda.

Menurut kajian gangguan pemanduan, 54 peratus pemandu di Asia Pasifik mendakwa mereka cuba untuk tidak menggunakan telefon semasa memandu – tapi gagal. Jadi pastikan segalanya selesai sebelum anda memandu – nyawa anda dan penumpang anda lebih penting daripada menjawab teks itu.


Petua Memandu #4 – Memandu secara defensif
Mengekori kenderaan hadapan pada jarak dekat dalam kelajuan perlahan memang membosankan bagi pemandu berpengalaman mahupun tidak. Jadi ikuti strategi pemanduan defensif ini.

Sentiasa awasi situasi sekeliling, terutama semasa mengundur dari ruang letak kereta atau semasa mengubah haluan dan membelok. Gunakan kelebihan teknologi parkir kereta anda serta lain-lain teknologi bantuan pemandu seperti Sistem Maklumat Titik Buta Ford (BLIS) dengan Amaran Lintasan Trafik yang membantu anda mengesan kereta di ruang titik buta. Sebagai sebahagian daripada sistem teknologi bantuan pemandu Ford Co Pilot360TM, BLIS direka untuk mengesan dan memberitahu pemandu mengenai kehadiran kenderaan yang memasuki zon titik buta, di kedua-dua belah sisi. Apabila keluar dari ruang letak kereta, deria-deria ini akan mengesan kenderaan yang datang dari sisi belakang.

Lain-lain petua pemanduan defensif yang praktikal:
  • Gunakan isyarat membelok.
  • Pegang stereng dengan kedua-dua tangan.
  • Awasi haiwan melintas! Haiwan kecil boleh meluru ke tengah jalan secara tiba-tiba, manakala haiwan besar mungkin boleh menghadang lalu lintas.
  • Usah pedulikan pemandu yang agresif. Ingat, jalan raya bukan tempat berlumba! Satu-satunya garisan penamat ialah tiba di rumah dengan selamat, jadi ikuti had laju.


Petua Memandu #5 – Awasi cuaca
Musim berubah, dan situasi di jalan raya juga begitu. Latih diri anda memandu semasa cuaca buruk di lokasi terpencil untuk melihat bagaimana reaksi cengkaman, brek dan stereng dalam pelbagai kelajuan – jika boleh, bawalah pemandu berpengalaman di samping anda. Latihan boleh membantu anda kekal tenang dalam perjalanan jauh ataupun semasa pergi ke pejabat dan ke sekolah.

Ribut monsun yang berulang-ulang boleh menyebabkan jalan raya dinaiki air bersama pelbagai jenis kotoran dan serpihan. Angin yang kuat boleh menyukarkan pemandu untuk kekal dalam laluan, dan tiupan angin kencang secara tiba-tiba boleh mendorong trak besar tersesar dari laluannya. Jangan memandu di jalan yang banjir. Amalkan beberapa strategi semasa musim hujan.
  • Gantikan pengelap cermin depan sebelum hujan bermula…dan pastikan bunga tayar masih baik dan cukup anginnya.
  • Pasang lampu utama.
  • Pandu perlahan. Kelajuan boleh menyebabkan kereta anda hilang cengkaman dan menggelincir di permukaan yang licin, mengakibatkan anda hilang kawalan.

Mengamalkan petua-petua ini dan mengambil kursus latihan memandu boleh mencegah anda daripada menjadi sebahagian daripada statistik di samping membolehkan anda lebih bertanggungjawab di jalan raya. Selepas 11 tahun, Ford Driving Skills for Life (DSFL) menawarkan latihan percuma untuk para pemandu di seluruh Asia Pasifik, termasuk pemandu muda, ibu mengandung, pemandu uber dan petani. Program ini merangkumi pelbagai aspek seperti mengenal pasti bahaya, pengendalian kenderaan, pengurusan ruang dan kelajuan, gangguan semasa memandu dan banyak lagi. Di Malaysia, DSFL telah melatih hampir 1,000 pemandu dalam tempoh 3 tahun kebelakangan ini sejak 2012.


Select Language
Ooops!
Generic Popup