ACara kemuncak kuala lumpur motor show 2018
KUALA LUMPUR, 05 Disember 2018 - Ford Motor Company dan rakan pengedar eksklusifnya, Sime Darby Auto Connexion (SDAC) hari ini secara rasmi melancarkan Ford Ranger Raptor pada Hari Media di Kuala Lumpur International Motor Show (KLIMS) 2018 yang berlangsung di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC).

Ranger Raptor – trak berprestasi untuk laluan off-road pada kelajuan tinggi yang pertama dan satu-satunya dibina di kilang di Asia Pasifik – berada di KLIMS 2018 bermula 23 November hingga 2 Disember. Selain Ranger Raptor, SDAC turut memperkenalkan Mustang baharu secara eksklusif dan mengesahkan ketibaannya di Malaysia pada tahun depan. Mustang baharu yakni satu-satunya unit yang diterbangkan khas dan dipamerkan pada KLIMS 2018 yang berlangsung selama 10 hari itu.

Tonton Video

Lihat Galeri
Select Language
Ooops!
Generic Popup