Ford Meraikan Inovator Wanita dari Serata Asia Sempena Sambutan Hari Wanita Antarabangsa
KUALA LUMPUR, Malaysia, 03 April 2019 – Di seluruh dunia, bilangan wanita masih kurang dalam lapangan sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik. Tetapi di Ford, pihak Syarikat telah mengambil langkah yang lebih proaktif dalam menangani isu ketidakseimbangan ini dengan melantik lebih ramai wanita di bawah operasinya di seluruh Asia, serta melantik lebih ramai wanita untuk peranan pengurusan yang lebih senior.

“Ford berhasrat untuk menjadi majikan pilihan,” kata Jose Maria Villareal, VP, Sumber Manusia Ford Asia Pasifik. “Ini bermakna kami komited dalam mengambil lebih ramai wanita serta menggalakkan kuasa suara wanita di seluruh Syarikat. Namun begitu, ia tidaklah sekadar dengan hanya menyamaratakan skala jantina. Kami perlu memastikan syarikat juga melengkapkan pekerja wanita dengan skil yang mereka perlukan untuk berjaya.”

Pihak Syarikat telah menyediakan skil-skil ini menerusi inisiatif dan polisi, termasuk mewujudkan kumpulan sumber seperti Professional Women’s Network (PWN), kempen kepelbagaian dan kemasukan, serta program pembangunan dan latihan yang direka khas untuk membantu mempersiapkan pekerja wanita untuk jawatan kepimpinan yang lebih senior.

Dalam meraikan kejayaan wanita dalam bidang automotif, sempena Hari Wanita Antarabangsa ini, Ford dengan bangganya ingin berkongsi kisah pekerja wanita yang cukup serba-boleh di kalangan kumpulan Asia, meraikan kemenangan dan kejayaan mereka.


Praphaphorn Phimphimol
Vehicle Operation Manufacturing Engineering, Final Assembly Engineering Implementation Manager, Ford Asia Pacific
23 Tahun bersama Ford

Apa yang menjadikan anda sebagai bintang? Saya mengetuai kumpulan yang bertugas dalam mencipta alatan inovatif yang memastikan proses berjalan dengan lancar, tepat dan tanpa ralat. Salah satu kejayaan kami adalah projek penjajaran kotak kabin. Sebelum ini kami bergantung pada skil operator dan alatan pemeriksaan untuk memastikan hasil penjajaran, dan ini bermakna kami terpaksa meluangkan lebih masa dalam menyemak dan membetulkan isu salah jajaran. Untuk menyelesaikannya, kami mencipta sebuah sensor pengukur yang membantu operator kami menyeleraskan jajaran kotak secara efisyen agar ia menepati spesifikasi yang ditetapkan; sebaik sahaja ia berjaya dicapai, alatan pengetat akan diaktfikan serta merta. Kami telah melaksanakannya di kilang AutoAlliance Thailand dan kilang Ford Manufacturing Thailand, dan kami berjaya menyaksikan terdapat peningkatan dalam kualiti proses terbina dalam, produktiviti dan ketepatan menerusi sistem kawalan maklum balas berulang yang tertutup.

Kenapa tugas anda hebat? Kumpulan saya mempunyai ahli yang terdiri daripada berbilang budaya dan negara, jadi kami dapat bertukar-tukar maklumat dan pengalaman. Ini membantu kami untuk berfikiran lebih kreatif dan meningkatkan kecekapan kami. Apabia kami melancarkan produk atau fasiliti baru, kami akan meluangkan sehari untuk melawat kilang perintis dan menyelesaikan masalah pemasangan. Ramai yang memberikan idea untuk jalan penyelesaian - kebanyakan projek inovatif terhasil daripada situasi ini kerana proses tinjauan pada kilang. Kumpulan berbilang fungsi kami memainkan peranan utama dalam memastikan semua projek berjaya dilaksanakan.

Pada pendapat anda, apakah rahsia untuk berjaya? Yang mustahil menjadi boleh apabila kita buka minda kita pada sebarang kemungkinan. Tidak apa sekiranya kita gagal, asalkan kita belajar dari kesilapan dan tidak mengulanginya. Sasarkan untuk berjaya, berfikiran lebih kreatif, menguasakan kumpulan anda dan memastikan mereka mendapat penghargaan selayaknya.


Catherine Huang
Jurutera Toksikologi, Repair Product Planning, Ford Asia Pacific
4 Tahun bersama Ford


Apa yang menjadikan anda sebagai bintang? Saya merupakan jurutera toksikologi dan produk kimia pertama untuk bekalan bahan kimia di Ford Asia Pasifik (AP). Baru-baru ini, saya juga telah mengasaskan proses rasmi untuk pelancaran bekalan bahan kimia di AP, dan mencipta sebuah template umum untuk menguruskan pengumpulan data kimia untuk semakan toksikologi dan ini membantu meningkatkan kecekapan.

Apa yang telah anda pelajari daripada bidang anda? Jika dilihat dari perspektif kejuruteraan, ia cukup jelas - apabila kami mengkaji sesebuah produk, kami akan mengikut kriteria khas yang telah ditetapkan. Tetapi, kumpulan dari jabatan lain perlu mempertimbangkan banyak perkara. Sebab itu kami perlu memastikan komunikasi antara kami dan kumpulan lain adalah lancar. Kerana tujuan kami hanyalah untuk memastikan produk terbaik pada pelanggan.

Pada pendapat anda, apakah rahsia untuk berjaya? Pada tahun 2015, saya telah berpeluang untuk melawat ke muzium Henry Ford. Semasa berada dalam kedai cenderamata, saya ternampak sebuah pinggan seramik yang mempunyai ukiran kata-kata - “Jika anda fikir anda boleh, atau tidak boleh, anda betul.” Saya telah membeli pinggan tersebut dan membawanya pulang. Apabila terdapat sebarang perubahan, perkara terbaik yang perlu dilakukan adalah mengikut kata hati dan bertindaklah mengikut perkara yang anda rasa wajar. Walau apapun hasilnya, saya yakin pengakhirannya akan menjadi baik.


Swati Pol
Ketua Jurutera – Rekaan Dibantu Komputer, Asia Pacific Digital Innovation, Ford India
4 Tahun bersama Ford


Apa yang menjadikan anda sebagai bintang? Saya telah bekerja dalam projek yang direka untuk menangani masalah berkaitan “last mile connectivity.” Pada tahun 2017, kumpulan kami memenangi tempat kedua dalam cabaran rekaan dengan aplikasi mengembara tumpang, yang dicipta untuk menemukan pihak yang ingin menumpang kereta dengan pihak yang sudi menawarkan kereta mereka untuk ditumpangkan. Ini akan membantu menyelesaikan masalah pengangkutan awam pengguna. Aplikasi ini sedang difailkan untuk proses paten.

Bagaimanakah hari anda di tempat kerja? Saya memfokuskan terhadap aktiviti reka bentuk bantuan komputer (CAD) untuk komoditi tempat duduk semasa fasa rekaan untuk kereta dan trak. Tugas saya memerlukan saya menumpukan pada fasa pembangunan produk di alam maya, jadi setiap hari, kami menumpukan untuk membangunkan produk tersebut dalam fasa yang lebih matang. Antara cabaran yang perlu saya hadapi adalah, setiap rekaan akan diubah suai banyak kali untuk memenuhi spesifikasi pemasangan, pengeluaran, perkhidmatan dan pembungkusan. Bukan itu sahaja, bekerja dalam bidang rekaan ini sangat menyeronokkan kerana kadangkala kerja kami akan membuahkan idea baru, dan kadangkala kami menyelesaikan masalah menggunakan alatan CAD.

Pada pendapat anda, apakah rahsia untuk berjaya? Penting untuk menjadi seorang yang bekerjasama dalam pasukan. Ini kerana kerjasama tersebut akan membantu anda mencapai lebih banyak kejayaan terutamanya dalam dunia profesional. Ketahui bagaimana untuk meminta bantuan dan bimbingan daripada ahli yang lebih senior atau mentor apabila anda berada dalam situasi sukar. Kerana sentiasa bekerja seorang diri juga tidak akan membuahkan banyak kelebihan.


Peggy Wang
Jurutera Reka Bentuk Roda & Pembebasan, Product Development Chassis, Ford Asia Pacific
8 Tahun bersama Ford

Apa yang menjadikan anda sebagai bintang? Saya mengetuai kumpulan yang berjaya memenangi cabaran reka bentuk tahun lepas, bekerja sama dengan lima kumpulan jurutera dalam mencipta rekaan tempat simpanan pintar. Inspirasi kami terhasil daripada pelbagai sumber antaranya menerusi temubual dengan pelanggan, penanda aras pesaing mahupun peti simpanan permainan kanak-kanak. Proses tersebut berjalan dengan pantas. Kami hanya mengambil masa selama enam minggu untuk mengumpul insight, mendapat penyelesaian utama, mencipta prototaip yang berfungsi dan memenangi projek tersebut. Rekaan tersebut juga kini dalam proses pemfailan paten.

Apakah yang menyebabkan anda berada dalam bidang ini? Saya merupakan salah seorang yang mempunyai kisah klise di mana kerjaya saya amat berlainan dengan bidang yang dipelajari. Semasa tahun akhir di universiti, saya major dalam bidangan seramik elektrik, tetapi lihatlah saya sekarang, seorang jurutera casis di Ford. Sebelum itu, saya bekerja di syarikat peralatan rumah. Saya mempunyai sifat ingin tahu yang amat tinggi dan gemar menyahut cabaran dan mencuba benda baru. Sebagai majikan, Ford merupakan tempat kerja yang telah memberikan saya begitu banyak sokongan seperti memberikan sumber terbuka, peluang pembelajaran yang berharga dan kumpulan kerja yang hebat di mana kami saling belajar antara satu sama lain.

Pada pendapat anda, apakah rahsia untuk berjaya? Jangan kerap merungut kerana ia membuatkan minda anda lebih negatif. Sentiasa optimistik, lapangkan fikiran dan pastikan anda sentiasa maju ke depan.


Ngyuyen Thi Lan Anh,
Penganalisis Data, Paint Shop, Ford Vietnam
14 Tahun bersama Ford

Apa yang menjadikan anda sebagai bintang?
Saya merupakan salah seorang ahli kumpulan yang bertanggungjawab ke atas pelancaran warna baru - Caribou (perang tua). Kami juga berjaya melancarkan Ford Transit di Vietnam. Selain daripada itu, tugas harian saya termasuklah menganalisis kotoran pada cat, kos cat dan kos bahan industri dalam Paint Shop, serta membuat laporan kualiti dan laporan harian prestasi cat.

Kenapa tugas anda hebat? Tugas saya memerlukan saya untuk berinteraksi dengan ramai orang dari segenap lapisan kumpulan. Ini bermakna saya berpeluang untuk mempelajari skil dan pengetahuan baru daripada rakan sekerja.

Pada pendapat anda, apakah rahsia untuk berjaya? Sentiasa ingin tahu. Penting untuk anda sentiasa bertanya, jika anda ingin belajar. Jangan malu untuk berinteraksi dengan orang lain kerana ini akan membantu anda untuk lebih maju.


Sathish Bhagya,
Timbalan Pengurus, Global Manufacturing Engineer, Ford India
8 Tahun bersama Ford

Apa yang menjadikan anda sebagai bintang? 
Tugas saya adalah untuk meningkatkan kecekapan dalam pelbagai projek dan mewujudkan sinergi antara pelbagai kumpulan. Baru-baru ini, saya telah diberi kepercayaan untuk mengetuai projek Robotic Process Automation, yang memerlukan kerjasama antara kumpulan mahir dalam pelbagai skil yang beroperasi di Shanghai dan Nanjing untuk mengautomatikkan sistem rekayasa semula proses perniagaan.

Kenapa tugas anda hebat? Peranan saya membolehkan saya berinteraksi dengan semua pekerja pada setiap tahap dan meliputi semua bidang tugas. Untuk seseorang yang peramah seperti saya, ini membolehkan saya menambah lebih ramai kenalan serta mentor. Tugas ini juga memberikan saya peluang untuk belajar, meningkatkan diri dan mencuba lebih lagi.

Pada pendapat anda, apakah rahsia untuk berjaya? Sentiasa bersedia untuk merebut peluang. Rebut peluang yang datang untuk memajukan diri anda. Juga percaya pada keperluan untuk menyeimbangan kerjaya dan kehidupan kerana kita perlu meluangkan lebih masa untuk diri di luar lingkungan tempat kerja.


Select Language
Ooops!
Generic Popup