Ford Meraikan Kelahiran Mustang yang ke-10 Juta!
  • Ford Mustang, ikon jenama yang membawa aura kemewahan dan kebebasan di serata dunia, kini meraikan kelahiran keretanya yang ke-10 di Flat Rock Assembly Plant di Michigan
  • Ford Mustang adalah kereta sport yang paling laris terjual sejak 50 tahun dahulu, membintangi banyak filem dan mempunya lebih ramai pengikut di Facebook berbanding jenama kereta lain di serata dunia.
  • Ford Mustang yang ke-10 juta ini dilengkapi teknologi tinggi, 460 kuasa kuda 2019 Wimbledon White GT V8 dengan enam kelajuan dan berbumbung hud VIN 001 – siri pertamanya dilancarkan pada 1964. Ford Mustang yang ditampilkan mempunyai 164 kuasa kuda dengan tiga kelajuan V8.
  • Mustang merupakan ikon bukan hanya di Amerika, malah di seluruh Asia Pasifik, dengan jualan yang kukuh dan peminat yang semakin bertambah dek kerana daya tarikan Mustang yang masih kuat.

KUALA LUMPUR, Malaysia, 18 Oktober 2018
- Ford baru-baru ini meraikan kelahiran kereta Mustang yang ke-10 juta – kereta sport yang paling laris terjual di Amerika sejak dari 50 tahun dahulu dan kereta sport paling laris terjual 3 tahun berturut-turut.

Ford Mustang yang ke-10 juta ini berteknologi tinggi, 460 kuasa kuda 2019 Wimbledon White GT V8 dengan enam kelajuan dilengkapi teknologi bantuan pemandu terkini dan dihasilkan di Ford’s Flat Rock Assembly Plant di Michigan. Mustang siri pertama (VIN 001) yang dikeluarkan pada 1964 mempunyai warna yang sama dengan transmisi manual 3 kelajuan dan 164 kuasa kuda V8.

“Mustang adalah jiwa dan raga syarikat ini yang menjadi kesayangan seluruh dunia,” kata Jim Farley, presiden pasaran global untuk Syarikat Ford Motor. “Perasaan teruja melihat Mustang meluncur laju di Detroit, London atau Beijing adalah sama dengan perasaan teruja bila saya miliki kereta pertama iaitu Mustang coupe 1966 yang dipandu ketika remaja dulu. Mustang memang menggembirakan semua.”

Mengikut sejarah pengeluarannya yang ke-54 tahun, Mustang juga dikeluarkan di San Jose, Calif., Metuchen, N.J., dan kelengkapan Mustang yang asli dikeluarkan di Dearborn, Mich.

Popular di Asia Pasifik
Ford Mustang terbaharu dilengkapi lebih teknologi, berprestasi mengagumkan dan lebih personalisasi berbanding sebelumnya.

Mustang Bullitt yang ikonik kembali sebagai model baharu di tahun 2019, dengan enjin V8 5.0-liter 480 kuasa kuda, dan kemasan juga rekaan yang unik. California Special klasik juga kembali dengan rekaan unik dan hasil kemasan yang dipertingkatkan.

Semua Mustang 2019 V8 5.0-liter dengan transmisi manual menawarkan sistem anjak turun ‘rev-matching’ untuk Mustang GT enam kelajuan, sementara EcoBoost® mempunyai ekzos empat-jongket yang aktif sepenuhnya. Sistem bunyi berprestasi tinggi B&O PLAY 1,000-watt dengan bunyi tersuai serba baharu dilengkapi Apple CarPlay™ yang bersesuaian dengan Ford+Alexa dan Waze melalui SYNC® 3 pastinya menjadi halwa telinga anda.

Ford Mustang kini sudah sampai ke generasi keenam. Selain peningkatan jualan, laman Facebook Mustang juga mempunyai ramai peminat berbanding jenama kenderaan lain yang seangkatan dengannya.

Peristiwa Penting Berkaitan Pelancaran Mustang (mengikut tahun model):

2019

Mustang Bullitt edisi terhad dengan 480 kuasa kud

2018

Gaya yang diperbaharui, enjin V8 5.0-liter baharu dan Performance Pack II


2015

Mustang generasi keenam baharu, dengan suspensi hadapan bebas yang pertama kali diperkenalkan dan Shelby GT350 / GT350R dengan engkol rata 5.2-liter V8. Mustang secara rasmi dipasarkan ke Asia Pasifik buat pertama kali.

2012

Boss 302 pertama sejak 1971 kembali dengan 444 kuasa kuda V8

2011

Kemunculan pertama Mustang GT V8 5.0-liter dengan 412 kuasa kuda

2008

Bullitt Mustang yang ikonik kembal

2007

Edisi California Special kembal

2004

Penghasilan Mustang 40 tahun berakhir di Dearborn Assembly Plant dan berpindah ke Flat Rock Assembly Plant di Flat Rock, Mich.

2003

Model Mustang Mach 1 kembali dengan bonet hadapan Ram-Air “Shaker”

2001

Kemunculan pertama kereta Mustang Bullitt edisi terhad di dalam filem

2000

SVT Mustang Cobra "R" versi lumba kembali

1993

Kemunculan pertama SVT Mustang Cobra dengan pengeluaran terhad

1984

Kemunculan pertama Mustang SVO

1982

Mustang GT kembali selepas 12 tahu

1979

Kelahiran pertama Mustang platform “Fox” dengan gaya Euro

1976

Cobra II turut sertai keluarga Mustang

1974

Kelahiran pertama Mustang II ketika krisis gas; tiada enjin V8 ditawarkan sehingga 1975

1970

Penawaran hud Ram-Air “Shaker”

1969

Boss 302 dan Boss 429 berprestasi tinggi diperkenalkan

1968

Mustang 390 GT membintangi “Bullitt” bersama Steve McQueen; kemunculan pertama enjin 428 Cobra Jet

1965

Shelby GT350 diperkenalkan; Mustang 2+2 dengan kemunculan bumbung fastback penuh

* BULLITT dan semua karakter dan elemen yang terlibat© & TM Warner Bros. Entertainment Inc. (s18)

Untuk hebahan berita, bahan berkaitan juga gambar dan video beresolusi tinggi, layari www.media.ford.com.

Select Language
Ooops!
Generic Popup