Ford Motor Company Diiktiraf Sebagai Peneraju Global Dalam Usaha Melestarikan Air Dan Perubahan Iklim
  • Ford Motor Company menerima anugerah Gred A dalam usaha pengurusan air oleh CDP, sebuah organisasi bukan untung yang melihat impak persekitaran untuk melestarikan ekonomi.
  • Usaha Ford menangani perubahan iklim membolehkan syarikat ini menerima gred A- untuk tiga tahun berturut-turut.
  • Merupakan kali keempat berturut-turut CDP menganugerahkan gred A kepada Ford atas usaha pengurusan air.


KUALA LUMPUR, Malaysia, 31 Januari 2019 – Syarikat Ford Motor atau Ford Motor Company berbesar hati untuk menerima gred A di dalam usaha pengurusan air oleh CDP, sebuah organisasi bukan untung yang melihat impak persekitaran untuk melestarikan ekonomi.

Ia juga adalah tahun keempat berturut-turut Ford menerima anugerah A dari organisasi tersebut dalam usaha pengurusan air.

Ford merupakan salah satu daripada tidak sampai 30 syarikat yang mendapat penarafan A untuk pengurusan air, sebagai menghargai usahanya di kelestarian air.

Semenjak tahun 2000, Ford telah berusaha untuk menjimatkan penggunaan air melalui inisiatif globalnya dan telah mengurangkan penggunaaan sebanyak 62.5 peratus, penjimatan 10.4 bilion gelen air.

Ford kini sedang melangkah hampir dalam usaha untuk mengurangkan penggunan air sehingga ke tiga perempat menjelang tahun 2020, dengan matlamat jangka panjang untuk penggunaan sifar air-boleh-diminum dalam proses pembuatan kenderaannya.

"Mendapat air yang bersih adalah hak asasi manusia,“ kata Kim Pittel, Naib Presiden Kelestarian, Alam Sekitar dan Kejuruteraan Keselamatan, Ford Motor Company.

“Kami tahu bahawa kami memainkan peranan yang penting dalam memastikan amalan-amalan terbaik dalam memelihara alam sekitar – dijalankan oleh kami dan rantaian pembekal kami.

Melalui pendekatan bersepadu ke arah kelestarian, matlamat kami adalah meningkatkan kehidupan bukan setakat untuk pengguna Ford, tetapi juga masyarakat sedunia," ujar beliau lagi.

Ford menerima penarafan A– untuk daya usaha terhadap perubahan iklim untuk tahun ketiga berturut-turut.

Sebagai sebahagian daripada komitmen dalam mengurangkan CO2 mereka yang selari dengan Perjanjian Iklim Paris (Paris Climate Accord), Ford melaburkan sebanyak $11 bilion untuk memperkenalkan 16 kenderaan elektrik di antara portfolio 40 kenderaan elektrik dunia sehingga 2022.

Sebagai tambahan, tahun 2017 melihat Ford berjaya mencapai matlamat pengurangan emisi karbon dioksida dalam operasi pengeluaran sebanyak 30 peratus bagi setiap kenderaan yang dikeluarkan menjelang 2025; lapan tahun lebih awal.

“Sekalung tahniah kepada semua syarikat yang berjaya tersenarai di dalam kelompok A CDP,” kata Paul Simpson, Ketua Pegawai Eksekutif untuk CDP.

“Dalam pada masa sistem perniagaan menerima risiko alam sekitar yang begitu menekan, syarikat-syarikat ini telah mengambil langkah untuk mencari penyelesaian, mengambil peluang pasaran baru dan berkembang maju ke arah kelestarian ekonomi."

"Kita perlu segera meningkatkan usaha di semua peringkat untuk mencapai matlamat di dalam Perjanjian Iklim Paris dan objektif-objektif kelestarian pembangunan."

"Dunia perniagaan merupakan penggerak penting di dalam transisi ini dan syarikat di dalam senarai A telah bersedia untuk memberikan sumbangan besar untuk mencapai matlamat tersebut," Simpson mengakhiri penerangannya.

Laporan Kelestarian Tahunan Ford menunjukkan pendekatan menyeluruh syarikat dalam menangani isu tanggungjawab sosial korporat berkaitan perubahan iklim, pemuliharaan air dan kualiti udara, dan telah mengenal pasti peluang yang ada dengan memberi kesan ketara kepada perniagaan sejak tahun 2000.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang prestasi, data dan laporan kelestarian Ford, sila layari sustainability.ford.com.


Select Language
Ooops!
Generic Popup