Ford Ranger Raptor: Dicipta untuk Prestasi Optimum
KUALA LUMPUR, Malaysia, 30 Januari 2019 – Semasa Ford mula membayangkan Ranger Raptor, salah satu perkara utama yang diambil kira adalah mengambil pendekatan holistik terhadap kejuruteraan dan reka bentuk yang bakal membawa pengalaman memandu ke peringkat seterusnya.

Hasilnya adalah suatu bentuk yang bukan hanya meningkatkan gaya rupa kenderaan, bahkan setiap komponen reka bentuk juga turut dipertimbangkan untuk meningkatkan lagi keseronokan memandu dan merangsangkan deria.

Todd Willing, pengarah reka bentuk, Ford Asia Pacific, percaya bahawa ia adalah penting untuk memberikan tumpuan kepada reka bentuk yang meningkatkan lagi prestasi di jalan lasak - dari gril depan hingga ke pintu but belakang, dari bumper hingga ke bunga tayar. Ciri-ciri ini bukan semata-mata kosmetik - tetapi meningkatkan kefungsian reka bentuk badan dengan seluruh kenderaan.

Dia menyamakan Ford Ranger dengan otot. "Ia seperti menghantarnya ke gim, dan otot-otot menjadi bertambah sasa," kata Willing.

Tetapi otot-otot ini diguna pakai dengan baik, menyokong fungsi trak yang diharapkan dapat mengatasi cabaran lasak dengan mudah. Sebagai contoh, rel di bahagian sisi, di antara kedua-dua roda, mempunyai lubang yang membolehkan pasir, kotoran dan habuk terkeluar agar tidak berkumpul.

"Tujuan Ranger adalah untuk memberikan keupayaan tertinggi," jelas Max Wolff, pereka bahagian luaran, Ford Asia Pacific. "Ia mesti berupaya untuk menghadapi jalan raya dan jalan lasak, ini bermakna membina reka bentuk badan yang boleh menyesuaikan diri dengan persekitarannya."

Ciri-ciri reka bentuk yang meningkatkan prestasi termasuklah plat pelindung hentaman 2.3 mm dan bamper yang dipisahkan pada kedudukan lebih tinggi, sesuai untuk pelepasan dan brek ketika menghadapi sudut.

"Orang-orang di bahagian casis menginginkan trek yang lebih luas untuk memastikan kestabilan dan keupayaan pada jalan lasak. Itu membolehkan kami memakai dapra yang lebih luas dan lengkungan serta tayar jalan lasak yang lebih besar, "kata Wolff.

Diilhamkan dari kenderaan lumba padang pasir Baja, bamper bukannya satu-satu aspek yang diangkat lebih tinggi. Semuanya lebih tinggi, memberikan kelebihan ketika meluncur di atas pasir. Menurut David Dewitt, pengurus reka bentuk luar, Ford Asia Pacific, ini memaklumkan banyak keputusan yang estetik.

"Semuanya di luar laluan, jadi apabila anda memandu di atas padang pasir dengan laju, satu-satunya yang menyentuh tanah adalah roda," katanya.

Dia sangat gembira dengan hasilnya dan mengatakan bahawa ianya suatu impian untuk melihat konsep-konsep ini direalisasikan. Sebagai sebahagian dari pasukan reka bentuk ianya impian menjadi realiti kerana, "Ia adalah kenderaan yang sungguh menarik. Adakah kita benar-benar inginkan ia dijalanraya? "

Sudah tentu, Ranger Raptor akan berada di jalan raya dan mana-mana laluan mencabar yang pemandu ingin lalui. Bukan sahaja kemampuan fizikalnya, malahan ia mampu membuat sesiapa saja terpukau melihatnya.


Tonton Video: Dicipta untuk Prestasi Optimum
Select Language
Ooops!
Generic Popup