Ford Ranger Raptor: Dilahirkan daripada DNA Prestasi
KUALA LUMPUR, Malaysia, 30 Januari 2019 – Hanya ada satu cara sahaja yang akan membuatkan pasukan Prestasi Ford berpuas hati dengan pembikinan Ranger Raptor. Setelah menguji prestasinya di kawasan pedalaman Australia’s Outback, trak Prestasi Ford akan diterbangkan ke California untuk membuktikan kemampuannya meredah trek sama yang pernah dilalui oleh F-150 Raptor.

Ford mengambil serius tentang DNA prestasi kenderaannya. DNA F-150 Raptor yang terkenal itu adalah diinspirasikan oleh trak pre-runner luar jalan raya yang digunakan di Baja dan Dakar - pelumba padang pasir berkelajuan tinggi yang mampu menyahut segala cabaran.

Bagi Pengarah Prestasi Global Ford, Hermann Salenbauch, ini bermakna Ranger Raptor perlu berjaya meredah trek yang sama, ujian yang sama dan mencapai tanda aras yang sama dengan model sebelumnya.

“Ia merupakan permukaan paling kasar yang pernah ditemui, ia seperti trek perlumbaan Baja 1000 dan Dakar Rally,” kata Salenbauch. “Ia adalah kawasan terbaik di dunia untuk menguji trak seperti ini. Jika ia mampu bertahan di situ, ia juga mampu bertahan di mana-mana.”

Ranger Raptor berjaya! Dengan DNA Prestasi Ford yang telah ‘disuntik’ ke dalam rangkaian Built Ford Tough Ranger, kehebatan kenderaan ini ternyata di luar jangkauan. Ia juga bakal selamanya mengubah pandangan dan pengalaman sedunia terhadap trak pikap bersaiz sederhana. Keunggulan Ranger telah menetapkan tanda aras sebagai satu-satunya trak prestasi yang dibina di kilang untuk Asia Pasifik.

Ketua Jurutera Kefungsian Prestasi Ford, Ed Krenz, telah ditugaskan bagi memastikan DNA luar jalan raya Raptor F-150 berkelajuan tinggi telah dipindahkan sepenuhnya kepada Ranger.

“Setiap aspek kenderaan ini mempunyai prestasi tersendiri dan ini amat jelas terlihat. Trek lebar, ketinggian yang dinaikkan, dapra yang dinyalakan, peredam hentak perlumbaan, roda dan tayar yang besar. Melihat kepada penampilannya yang agresif cukup menggambarkan prestasinya. Raptor dan DNA Prestasi Ford semestinya tidak dapat dipisahkan lagi.”

Jika ditanya, siapakah yang bertanggungjawab untuk ini semua? Semestinya Krenz. DNA Shelby, Focus RS dan Raptor F-150, semuanya dalam tangan Krenz.

“Ranger Raptor adalah kenderaan berkelajuan tinggi dengan binaan paling kukuh di dunia yan cukup bersedia untuk meredah laluan luar jalan raya. Kemampuannya pasti memukau semua!”

Ketua Jurutera Program Ranger Raptor, Damien Ross dari awal lagi yakin bahawa pasukannya telah berjaya membina DNA prestasi trak unggul sejak pembikinan awalnya dan menguji kemampuannya di laluan perlumbaan luar jalan raya di Australia iaitu di trek Finke Desert yang terpencil namun cukup mencabar.

“Salah satu matlamat kami adalah untuk memastikan bahawa seni bina kenderaan ini mampu mengawal kelajuan di laluan luar jalan raya,” kata Ross. “Kami meredah beberapa bonggol dengan kelajuan seperti prototaip pertama kami dan hasilnya sangat mengagumkan. Kami yakin suatu yang hebat bakal dihasilkan.”

Ternyata Ranger Raptor telah menetapkan tanda aras baharu untuk kemampuan dan kelajuan di laluan luar jalan raya. Penyerap Hentak Perlumbaan secara keseluruhannya membenarkan pemandu memandu pada kelajuan yang selalunya membuat kereta bergoyang dan berbahaya.

Suspensi bahagian belakang pautan Watt’s serba baharu yang inovatif dengan spring belakang coilover untuk memastikan kestabilan pendakap belakang sisi ketika melalui laluan luar jalan raya dan dalam masa yang sama memperbaiki pemanduan dan kawalan. Tinggi dipertingkatkan, trek lebih lebar dan pendekatan lebih baik dan sisi keluar bagi memastikan kebolehan dan kestabilan dari sudut permukaan dan kelajuan.

Rangkaian kuasa baharu gabungan enjin diesel Bi-Turbo 2.0-liter dan transmisi 10 kelajuan menepati komitmen sebenar Ford bagi mendapatkan kuasa besar dan ekonomi daripada enjin yang dipertingkatkan, dan menghasilkan tork dan kuasa lebih lancar melalui turbo bebas dan nisbah gear lebih dekat merentasi jangka hayat lebih panjang.

Di bahagian dalam, Ranger Raptor menawarkan interior khas DNA Prestasi Ford dengan hasil kemasan teliti bermutu tinggi. Tempat duduknya direka khas untuk menyokong prestasi berkelajuan tinggi di laluan luar jalan raya bagi membolehkan pemandu untuk mencabar tahap kemampuan kenderaan, selain menyediakan pemanduan di luar jalan raya yang selesa.

Pemandu akan dapat merasai perbezaan kokpit dengan lebih teliti, ini termasuklah jahitan berwarna biru dengan sentuhan kulit. DNA Prestasi Ford memainkan peranan penting dalam penggayaan yang mempunyai fungsi tersendiri, termasuklah penanda ‘di bahagian tengah’ – jalur merah di tengah bahagian atas roda untuk memberitahu anda ke manakah arah tujuan roda ketika berada di udara atau pemanduan luar jalan raya pada kelajuan tinggi. Pedal anjakan magnesium yang ringan untuk anjakan yang lebih cekap dan tepat.

Bagi Damien Ross, menjadi sebahagian daripada pasukan global yang membawa pengalaman Raptor kepada peminat pemanduan luar jalan raya yang berprestasi di luar Amerika Utara adalah suatu kepuasan.

“Mempersembahkan personaliti Raptor kepada dunia yang baharu sememangnya suatu kepuasan,” kata Ross. “Trak Ford Ranger mempunyai ramai peminat merentasi Asia Pasifik dan mencabar kemampuan Ranger Raptor ke tahap maksimum dari sudut prestasi, kemampuan dan pemanduan yang menyeronokkan. Kami tak sabar untuk semua untuk turut mengalaminya.”

Untuk kebanyakan peminat laluan luar jalan raya yang berprestasi serata dunia, idea untuk menerapkan personaliti Raptor F-150 ke dalam Ranger yang lebih ringan, tangkas bagaikan mimpi jadi realiti. Ford telah menerima dan memenuhi permintaan ramai dengan menghasilkan pasaran kenderaan yang baharu dan berlainan. Inilah DNA sebenar Ford.


Tonton Video: Dilahirkan daripada DNA Prestasi
Select Language
Ooops!
Generic Popup