Ford Ranger Raptor Menyediakan Ruang Dalaman untuk Sebarang Keadaan
KUALA LUMPUR, Malaysia, 30 Januari 2019 – Ia bermula dengan sekadar lakaran ringkas. Walaupun perbezaan dengan konsep terdahulu hanyalah sedikit sahaja, keterujaannya mula dirasai oleh pasukan pereka bentuk Ford bagaikan baru pertama kali melihatnya. Apabila pasukan ini mendapat kebenaran untuk melancarkan Ranger Raptor, mereka begitu tidak sabar untuk melihat kemampuan trak pikap ini berlumba di padang pasir.

Selain daripada luarannya yang terus menjadikannya kelihatan berbeza dengan trak-trak lain di jalan raya, ruang dalamannya juga membuktikan bahawa Ranger Raptor adalah trak perlumbaan lasak yang hebat. Ia pastinya layak menjadi sebahagian daripada acara ekstrem. Contohnya, motif corak papan catur di bahagian tengah tempat duduk sama seperti corak yang sering digayakan oleh pelumba motosikal.

Menurut Peter Jones, pengurus rekaan dalaman Ford Asia Pacific, keterujaannya mula dirasai sejak dari pintu kenderaan dibuka dan kelihatan tempat duduk dengan rekaan dramatik yang mendakap pemandu dengan kemas ketika beraksi dengan penuh konsentrasi. Dari kehalusan kemasan hingga ke suede Miko, setiap perincian dihasilkan begitu teliti. Dari penerangan beliau, dapat dibayangkan ruang dalaman Ranger Raptor adalah produk yang memegang simbol keunggulan kefungsian dan teknikal untuk segala keterujaan perlumbaan padang pasir.

“Tempat duduk inilah yang akan mendakap anda dengan begitu kemas dan selamat ketika anda memandu dengan penuh aksi ekstrem,” katanya.

Peminat Raptor F-150 akan mengenal pasti beberapa DNA kenderaan yang ditunjukkan oleh Raptor. Contohnya, warna kelompok peralatan yang sama dengan kepunyaan Raptor F-150. Ia bukan Ice Blue seperti rangkaian utama produk Prestasi Ford, itulah yang membuatkan Ranger Raptor berbeza.

“Titik interaksi seperti tempat duduk, pemegang stereng, pedal anjakan, pedal, alatan dan termasuklah turutan bagi menghidupkan enjin adalah unik,” tambah Jones.

Stereng roda adalah ciri reka bentuk utama yang menggabungkan bentuk dan fungsi. Sebagai, contohnya, tanda tengah warna merah di bahagian atas roda. Pengarah Reka Bentuk untuk Ford Asia Pacific, Todd Willing, mengatakan ini bukan ciri reka bentuk dalaman yang remeh. Ia membantu pemandu yang menghadapi keadaan jalan yang berliku memahami bagaimana membawa kenderaan kembali ke tengah.

Stereng juga memperkukuhkan ciri Ford Performance DNA – jejari dan grafik yang terlakar juga memaparkan gaya perlumbaan yang sinonim dengan jiwa Performance.

"Satu lagi ciri pada stereng ialah pedal anjakan magnesium. Ia membolehkan anda memaut roda dengan ketat dan beralih di masa yang sama mengekalkan kawalan, "jelas Willing.

Selain kerusi pemandu, Pengurus Bahan dan Warna Jeffrey Liu menerangkan ciri-ciri kabin, menunjukkan bahagian dalamannya memberikan kontras yang nyata berbanding bahagian luarannya yang lasak. Biarpun ianya suatu nilai estetik yang halus, terdapat juga sentuhan yang menyerlahkan warisan jenama.

"Jahitan biru itu sendiri adalah sesuatu yang ingin kami tampilkan untuk mengambarkan Ford Performance," kata Liu.

Sebagai ahli barisan terbaru Ford Performance, Ranger Raptor akan terus menetapkan penanda aras keupayaannya, dengan memberikan pemandu pengalaman yang penuh cabaran. Bagaimanapun untuk menghadapi pengalaman sebegini, bahagian dalamannya adalah penting, lebih-lebih lagi komponen sentuhan yang menambahkan lagi kehebatannya.
Tonton Video: Ruang Dalaman untuk Sebarang Keadaan
Select Language
Ooops!
Generic Popup