Ford Ranger Raptor: Pacuan Dinamik Tiada Tandingan
KUALA LUMPUR, Malaysia, 30 Januari 2019 – Simon Johnson memanjat keluar daripada Ranger Raptor dengan debu-debu merah Alice Springs masih lagi kelihatan di belakangnya. Helmet perlumbaan dibuka, Ketua Dinamik Kenderaan dilihat tersenyum lebar. “Wau! Betul ke kenderaan ni dijual untuk orang ramai?”

Johnson dan kumpulannya baru sahaja pulang dari Ujian Ketahanan Gurun - 1,600 km pada kelajuan perlumbaan penuh di atas trek di mana para jurutera Ford dengan sengaja meredah laluan tidak rata, melompat dan melalui kawasan berbonggol demi mencabar ketahanan Ranger Raptor ke tahap paling maksimum. Sebagai antara yang pertama mengalami sendiri pemanduan Ranger Raptor, Johnson sejak awal lagi sudah tahu bahawa Ford sememangnya telah menghasilkan kenderaan di luar jalan raya yang mempunyai kelas tersendiri.

“Saya telah mencabar kemampuan Ranger Raptor lagi jauh daripada apa yang mungkin difikirkan oleh pelanggan, dan saya memang kagum dengan kehebatannya. Ia kelihatan besar untuk dipandu namun amat mudah menawan selekoh. Teknologinya memang hebat!”

Ini adalah kombinasi teknologi dan rekaan berprestasi tinggi untuk kegunaan luar jalan raya yang membenarkan Ranger Raptor memacu pemanduan berdinamik yang tiada tandingan. Jika enjin diesel Bi-Turbo dan transmisi 10 kelajuan adalah jantung Ranger Raptor, suspensi dan casis baharu adalah jiwanya.

Untuk permulaan, terdapat trek lebih 150 mm, menjadikan beban lebih stabil di selekoh berkelajuan tinggi. Suspensi hadapan adalah Independent SLA dengan Sesiku Aluminium menampilkan Penyerap Hentakan Pintasan Dalaman 2.5 inci dengan Peredam Sensitif Posisi. Di bahagian belakang, terdapat Gandar Belakang Kukuh Pelbagai Pautan dengan Pautan Watt’s, juga menampilkan Peredam Hentak Sensitif Posisi. Dengan cakera alih udara dan penanda merah di tengah stereng untuk memastikan pemandu tahu ke mana arah tujuan tayar BF Goodrich 285/70R17, keutamaan Ranger Raptor adalah memberikan pengalaman pemanduan yang menakjubkan.

Bagi Damien Ross, ketua jurutera program untuk Ranger Raptor, Sistem Pengurusan Permukaan (TMS) dengan mod Baja adalah kemuncak kepada pengalaman pemanduan Ranger Raptor.

“Kami benar-benar telah memberi peningkatan kepada TMS dengan Ranger Raptor, dan Mod Baja adalah unik buat jenama Raptor dan DNA Prestasi Ford, di mana ia diinspirasikan oleh trak yang digunakan sebagai penuju hala pra-larian di dalam perlumbaan Baja 1000.”

“Dalam Mod Baja, kami telah melaraskan semula beberapa sistem yang kebiasaannya menjadi penghalang kepada pemandu untuk bersatu tenaga dengan kenderaan yang dipandu dan menghalang pemandu untuk menikmati pemanduan.”

Memandu trak berprestasi tinggi dengan teknologi dan suspensi terkini memberikan banyak kelebihan untuk pemanduan setiap hari. Damien Ross, Simon Johnson dan ahli pasukan Ford yang lain-lain yang telah memandu prototaip pertama, menggelarkannya ‘pemanduan yang menakjubkan’.
Pemanduan bersama Ranger Raptor menyusuri bandar, sememangnya indah dan lancar. Suspensi menyerap segalanya dan pastinya rasa lebih selesa dan tenang ketika memandu setiap hari. Pastinya anda tersenyum puas kerana anda berada di dalam trak selesa yang boleh bertukar menjadi jentera berkelajuan tinggi dan kental menawan pelbagai permukaan. Semuanya di tangan anda. Ini memang kombinasi fantastik!” kata Ross.

Bagi Simon Johnson, sebenar-sebenar pemanduan adalah bersama Ranger Raptor!

“Anda takkan mungkin mampu meniru pemanduan bersama Ranger Rptor. Anda takkan mampu menghasilkannya. Anda takkan mungkin mampu menyambung bahagian atau wayarnya dengan teknologi. Ini tak mungkin berlaku. Pemanduannya cukup kukuh – casis baharu, pautan Watt’s di bahagian belakang paling hujun, tetapan Peredam Hentak Perlumbaan, gabungan Sistem Pengurusan Permukaan dan Mod Baja. Ia dibentuk sepenuhnya dari asal untuk menjadi seperti ini, dan inilah pemanduan yang menakjubkan.”


Tonton Video: Pacuan Dinamik Tiada Tandingan
Select Language
Ooops!
Generic Popup