Ford Ranger Raptor: Rangkaian Kuasa Teknologi Terkini Untuk Pemanduan Yang Menyeronokan

KUALA LUMPUR, Malaysia, 30 Januari 2019 – Rangkaian kuasa apa yang anda janakan di dalam trak lasak yang memerlukan tork yang tinggi untuk memanjat batu dan mendaki bukit, kuasa pecutan yang cukup dan kuasa atas untuk mendapatkan lencana Ford Performance, malah ia juga perlu memenuhi piawaian pelepasan global yang ketat dan mempunyai rangkaian terunggul?

Semua tentang Ranger Raptor mengagumkan. Rangkaian kuasanya tidak terkecuali.

Memanfaatkan teknologi terkini yang tersedia ada, pasukan Ranger Raptor global dengan bijak menentukurkan diesel Bi-Turbo ke transmisi automatik 10 kelajuan yang lebih cepat yang terdapat pada F-150 Raptor. Dengan turbo yang berfungsi secara berkala untuk mengeluarkan kuasa dengan lancar, dan transmisi 10 kelajuan menawarkan gear untuk setiap keadaan, ledakan kuasa yang baharu ini mencerminkan trak berkuasa tinggi masa depan.

Ia jelas Nick Pollard, ketua jurutera program untuk enjin diesel Bi-Turbo Ranger Raptor, berasa kagum dengan prestasi pasukannya.

"Alasan kami menggunakan Bi-Turbo ialah kami ingin mendapatkan kuasa di bahagian atas dan tork serta tindakbalas pada bahagian bawah. Kami telah dapat menguasai tork 500Nm dan 157kW kuasa dari enjin yang mana pada masa yang sama, ia sungguh efisien. "

Pollard menambah lagi bahawa bukan sahaja diesel Bi-Turbo terbukti boleh menjana kuasa dan tork yang besar, ia juga terbukti dengan binaan yang teguh dan lasak.

"Salah satu ujian yang paling sukar dilakukan ialah Ujian Manifold Crack. Kami menghidupkan enjin sehingga turbocharger menjadi panas sehingga 860 darjah celsius dan dyno menjadi merah menyala, kemudian kembali sejuk dengan cepat. Kami lakukan ini secara berterusan selama dua minggu atau dua ratus jam. Bi-Turbo berjaya melalui ujian ini. "

Transmisi automatik 10-kelajuan Ranger Raptor adalah karya seni kejuruteraan yang telah terbukti dalam F-150 Raptor dan Mustang, ini menunjukkan Ford terus memajukan pembangunan transmisi. Pembinaan keluli dan aluminium menjadikan ia lebih kuat, lebih ringan dan lebih padat berbanding versi besi terdahulu. Kelebihan kuasa dan ekonomi dengan perbezaan nisbah yang besar adalah jelas terasa sebaik sahaja anda memandunya.Jurutera Program Ketua Ranger Raptor, Damien Ross, berkata bahawa memadankan enjin diesel Bi-Turbo yang mantap dengan transmisi yang betul adalah penting untuk Ranger Raptor dalam menghasilkan tork dan kuasa tepat pada masanya.

"Ianya satu transmisi yang hebat bagi membolehkan anda mudah menukar ke setiap gear yang anda inginkan, bila-bila masa saja. Jika anda mendaki cerun berbukit atau berbatu, anda akan dibantu dengan tork yang banyak untuk mengharunginya, Sekiranya anda memandu pada kelajuan tinggi, gear ke-9 dan ke-10 akan membiarkan enjin berehat dan ini menjimatkan bahan api. Peralihannya sungguh lancar. Anda akan dapat rasai kehebatannya tiada pada trak lain.

Dengan Ranger Raptor, perjalanan itu boleh berada di mana saja: selesa meluncur jalan-jalan di bandar, meredah hutan dan menongkah sungai, menyungsuri pantai laut atau menggunakan keupayaan kenderaan untuk meredah belukar dan padang pasir dengan kelajuan tinggi. Dengan sokongan suspensi canggih yang begitu mengagumkan, rangkaian kuasa baharu Ranger Raptor sudah bersedia untuk melancarkan legiun baru peminat Raptor global untuk perjalanan di bandar dan pengembaraan yang mencabar.

Tonton Video: Rangkaian Kuasa Teknologi Terkini Untuk Pemanduan Yang Menyeronokan
Select Language
Ooops!
Generic Popup