Kereta Terpakai? Gilap Semula Mustangs yang Bakal Jadi Besi Buruk Menjadi Jam Tangan Berjenama.
KUALA LUMPUR, Malaysia, 03 Oktober 2018 - Ini mungkin boleh jadi idea hadiah buat si dia yang kaki kereta. Sebentuk jam tangan buatan tangan yang direka daripada gabungan komponen yang dahulunya digunakan dalam Ford Mustangs klasik. 

Idea bernas yang diilhamkan oleh Christian Mygh dan Jonathan Kamstrup, yang sama-sama merantau ke laman-laman di serata dunia bagi mencari pelbagai model, yang setiap satunya ditransformasi menjadi jam tangan unik dengan harga dari $1,495. 

Untuk para pencinta Mustang, REC Watches, yang berpusat di Denmark, akan mencipta jam tangan serba baharu sepenuhnya daripada bahagian yang diberi oleh pelanggan, termasukanlah daripada Pemandu Drif Juara Dunia dan pencinta keseronokan secara professional iaitu Vaughn Gittin Jr., yang memakai jam tangan yang mengandungi bahagian gentian karbon daripada Ford Mustang RTR World Drift Series dengan 700 kuasa kuda miliknya. 

“Kebanyakan orang hanya melihat besi buruk itu sebagai sisa tinggalan Mustang. Tapi kami melihatnya dari sudut berbeza. Kehebatan jiwa di sebalik kereta itu pasti ada cerita yang perlu dikongsi,” kata Mygh yang juga pengasas bersama. “Saya bukan memotong Mustangs. Lebih dari sekadar membaiki, malah saya memberi nyawa kedua buatnya sebagai sebentuk jam tangan.” 

Demi memastikan setiap kisah terus dikongsi, REC Watches tidak berhenti menggali sejarah di sebalik setiap kenderaan; menemubual pemilik sebelumnya, mengumpul cerita dan gambar mengenai kereta itu suatu ketika dahulu dan menggabungkannya dalam sebuah video. 

Setiap rekaan yang sudah siap turut menggabungkan nombor pengenalan kenderaan, tahun dihasilkan dan simbol rekaan Mustang klasik. Bahagian dail direka seperti tolok bahan api yang menunjukkan hayat bateri dan tangan, tarikh dan nombor dail adalah diinspirasikan daripada papan pemuka kereta yang ikonik ini. Ketika dalam perjalanan ke Sweeden, pasukan ini berjaya mendapatkan emas pada model Raven Black 1966 yang menjadi asas kepada koleksi P51-04 edisi terhad daripada 250 jam tangan. 

Mendapat nama daripada jet pejuang Perang Dunia Kedua dan dilancarkan pada 1964, gayanya yang ranggi dan prestasi agresif terus menjadikannya klasik. Statusnya semakin bergemerlapan apabila mula membintangi filem aksi “Bullit” pada tahun 1968 bersama Steve McQueen, juga turut ditampilkan dalam beberapa lagu dan filem yang memberi fokus kepada atau menampilkan kereta yang berjaya menggegar dunia. Ford Mustang di era moden ini terus mencetuskan keterujaan dengan prestasi tingginya dari enjin V8 450 PS 5.0-liter dan unit EcoBoost 290 PS 2.3-liter.
Select Language
Ooops!
Generic Popup