Mustang Rangkul Gelaran Coupe Sport Terlaris di Dunia untuk Tahun Keempat Berturut-turut

  • Ford menyambut ulang tahun ke-55 pengeluaran Mustang hari ini yang juga dikenali sebagai National Mustang Day dengan mengumumkan kejayaan Mustang sebagai coupe sport terlaris di dunia 2018 setelah mencatatkan jualan sebanyak 113,066 unit
  • Ini merupakan tahun keempat berturut-turut Mustang merangkul gelaran coupe sport terlaris di dunia di samping gelaran kereta sports terlaris di Amerika Syarikat
  • Bahagian pasaran Mustang dalam segmen kereta sport global meningkat setengah mata kepada 15.4 peratus bagi tahun 2018 berbanding tahun sebelumnya. Pencapaian ini sebahagian besarnya dijana oleh Bullit yang laris jualannya

DEARBORN, Mich., 17 April, 2019 – Ford meraikan ulang tahun ke 55 pengeluaran Mustang pada hari ini yang juga dikenali sebagai National Mustang Day. Sementara itu, kejayaannya sebagai coupe sport terlaris di dunia untuk tahun keempat berturut-turut disambut baik oleh para penggemar kereta.

Dari Australia hingga ke Peru, Mustang mengekalkan penguasaannya sebagai coupe sport terlaris di dunia bagi tahun 2018 dengan jualan sebanyak 113,066 unit berdasarkan data IHS Markit. 2018 bukan sahaja merakamkan kejayaan penguasaan global Mustang sebagai coupe sport terlaris di dunia buat tahun keempat berturut-turut, malah turut muncul sebagai kereta sport terlaris di Amerika Syarikat di mana Ford mencatatkan jualan sebanyak 75,842 Mustang pada tahun lalu.

“Kami mendahului persaingan ketika Ford melancarkan Mustang 55 tahun lalu,” kata Jim Farley, presiden jualan global Ford. “Mustang adalah ikon; sinonim dengan kebebasan, menghirup udara segar sambil menikmati keseronokan pemanduan. Ngauman enjin V8nya pada musim bunga sememangnya tiada bandingan. Tidak hairanlah ia menjadi coupe sport paling popular di dunia.”

Mengikut data jualan Ford di seluruh dunia, Mustang dijual di 146 pasaran pada tahun 2018. Sejak tahun 2015, lebih daripada 500,000 Mustang generasi keenam terjual di seluruh dunia. Ford turut mencatatkan peningkatan sebanyak setengah mata dalam bahagian pasaran global pada tahun lepas dengan menguasai 15.4 peratus segmen. Pencapaian ini sebahagian besarnya didorong oleh Mustang Bullitt baharu yang mengatasi jangkaan jualan global sebanyak 25 peratus.

Data jualan global adalah berdasarkan kepada jumlah pendaftaran kenderaan baharu IHS Markit 2018 untuk semua segmen kereta sport. Jualan di Amerika Syarikat adalah berdasarkan kepada jualan yang dilaporkan pada tahun 2018.

Select Language
Ooops!
Generic Popup