Ford Ranger Raptor Baharu Raih Anugerah Trak Pikap Terbaik 
DSF.my-Allianz Vehicle of the Year 2019

(Dari Kiri-Kanan: Sazali Abdul Rahman Ketua Perkongsian, Francais & Bancassurance, Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad dan Encik Syed Ahmad Muzri Bin Syed Faiz, Pengarah Urusan, Sime Darby Auto ConneXion)

KUALA LUMPUR, Malaysia, 7 Mei 2019 - Ford Ranger Raptor telah memenangi anugerah Trak Pikap Terbaik Tahun 2019 daripada DSF.my-Allianz Vehicle of the Year Awards (VOTY 2019).

Kemenangan tersebut mengukuhkan lagi kedudukan Ranger dalam segmen trak pikap Malaysia. Dengan DNA Prestasi Ford yang terbina terus ke dalam varian Built Ford Ranger Tough, trak Raptor melangkaui jangkaan dan kekal menjadi tanda aras baharu sebagai satu-satunya trak prestasi untuk kemampuan dan kelajuan di laluan lasak.

Pelancaran Ranger Raptor juga telah membuka pasaran baharu untuk sektor trak pikap premium berprestasi tinggi, satu-satunya di dalam negara.

Varian Ranger terus menerima penghargaan di Malaysia sejak tahun 2012. Antaranya ialah Trak Pikap Terbaik tahun 2018 untuk anugerah Malaysia Car Of The Year (COTY), Trak Pikap Terbaik 2018 daripada DSF.my Allianz Vehicle of the Year Awards (VOTY), Anugerah Emas untuk Trak Pikap Terbaik daripada People’s Choice Awards & Editors’ Choice Award 2018, Carlist.my serta Trak Pikap Terbaik 2018 daripada TopGear Chinese.
Select Language
Ooops!
Generic Popup