Tips Memandu untuk Ibu Mengandung: Sentiasa Selamat ya, Bakal Ibu!
KUALA LUMPUR, Malaysia, 01 Oktober 2018 - Perjalanan untuk menjadi ibu bapa pastinya buat anda teruja. Ini memerlukan anda untuk membuat banyak persiapan, termasuklah memasikan diri sentiasa selamat di jalanan. Ketika mengandung, pelbagai pelarasan di dalam kenderaan perlu terus dilakukan oleh bakal ibu demi memastikan keselesaan dan keselamatan optimum ketika memandu.

Untuk membantu para jurutera lebih memahami apa yang diperlukan oleh bakal ibu, Ford Motor Company telah mencipta “empathy belly” – atau sut mengandung. Sut mengandung ini menambah 13.6kg berat (purata pertambahan berat ketika mengandung) dan direka menyerupai saiz perut yang makin membesar dan rasa tidak selesa ketika trimester ketiga fasa kehamilan. Ini membantu jurutera menghasilkan rekaan kenderaan yang membolehkan bakal ibu, juga kebanyakan pemandu untuk membuat pelarasan yang diperlukan demi pemanduan yang selamat. Berdasarkan pemahaman yang diterima melalui pemakaian empathy belly, berikut adalah tips penting daripada Ford bagi membantu anda di sepanjang perjalanan menjadi seorang ibu. 

Tali pinggang keledar keselamatan 
Mula-mula, alihkan kot atau pakaian yang besar untuk memastikan pemasangan yang kemas. Tarik tali pinggang merentasi bahu, di tengah-tengah dada dan terus ke bahagian tepi perut. Tali pinggang keledar di bahagian riba haruslah berada di pinggul dan di bawah abdomen, bukan di atasnya. Pastikan ia berada kemas di bawah lengkungan perut anda. Jangan letak tali pinggang di bahagian bahu di belakang anda atau di bawah lengan anda, kerana ini akan menyebabkan kecederaan serius jika berlakunya kemalangan. 

Laraskan mengikut keselesaan 
Gerakkan tempat duduk mengikut jarak yang selesa daripada injak kaki, jarak ideal adalah anggaran 10 inci daripada stereng, melindungi abdomen anda jika beg udara mengembung ketika berlaku kemalangan. Jika stereng kereta anda boleh dilaraskan, alihkan pusat stereng daripada perut dan lebih ke arah dada. Setelah menukar posisi tempat duduk anda, pastikan anda laraskan juga cermin pandang belakang dan luar. Jika anda mengalami sakit belakang, letakkan bantal bulat kecil atau tuala gulung di bahagian bawah belakang anda untuk lebih keselesaan ketika memandu. 

Mengidam atau mungkin… rasa loya 
Mengidam makan macam-macam dan “mabuk hamil” boleh berlaku bila-bila masa. Pastikan bawa bersama air dan snek kegemaran untuk hilangkan rasa mengidam itu. Simpan juga lebih “beg tadah muntah” di dalam dompet dan kotak sarung tangan. Sentiasa elakkan daripada memandu dalam keadaan terganggu. Pandu ke tempat yang selamat bila rasa lapar atau kurang sihat. 

Rehat sebentar atau elakkan memandu
“Pregnant brain” atau menjadi pelupa ketika mengandung memerlukan lebih persiapan daripada biasa, jadi sediakan panduan perjalanan anda lebih awal. Kalau boleh, elakkan memandu jarak jauh dan rehat sebentar dengan kerap bagi menggalakkan pengaliran darah ke tapak kaki, kerana tapak kaki dan buku lali akan lebih mudah bengkak apabila duduk terlalu lama. Jadi, berehat sebentar dan regangkan juga gerak-gerakkan kaki, tapak kaki dan jari-jemari.

Elakkan memandu bila perlu
Untuk bakal ibu, di bahagian tengah tempat duduk belakang adalah tempat paling selamat di dalam kereta (selagi ia mempunyai tali pinggang untuk bahu dan riba). Namun, jika anda duduk di tempat duduk penumpang bahagian hadapan, tolakkannya sebelakang yang boleh bagi melindungi abdomen anda jika berlakunya penggelembungan beg udara. 

Baiklah, anda kini sudah sedia untuk mulakan pemanduan yang lebih selamat. Jadi, inilah masanya untuk anda mencari pula tempat duduk kanak-kanak yang sempurna untuk pemanduan pulang pertama anda bersama si manja nanti.

Kemahiran Memandu untuk Kehidupan
Golongan bapa dan pemandu lain akan lebih memahami bakal ibu di bengkel Ford Driving Skills for Life (DSFL) di serata Asia Pasifik. Program ini membantu para pemandu memahami dan mengamalkan cara pemanduan yang terbaik dan di pasaran tertentu, sut mengandung Ford boleh didapati untuk umum mencubanya sendiri. Kini di tahun kelima belas, DSFL menawarkan latihan pemanduan percuma untuk bakal ibu, pemandu baharu dan muda juga lain-lain.
Select Language
Ooops!
Generic Popup