1967 Kerajaan Malaysia mengasaskan polisi industri automotif yang menyediakan pemasangan tempatan untuk kereta, dan mengehadkan pengimportan kenderaan CBU dari kilang Ford di Singapura.
1968 Ford Motor Company (Ford), Amerika Syarikat (Ford) memeterai perjanjian pemasangan oleh pengedar selama 10 tahun dengan Universal Cars and Associated Motor Industries of Malaysia (Kedua-duanya subsidiari milik penuh Wearnes Brothers Ltd). Wearnes Brothers Ltd terlibat dalam pengimportan, pemasangan dan pengedaran kenderaan Ford di Malaysia.
1972 Ford Motor Company of Malaysia Sdn Bhd (Ford Malaysia) telah ditubuhkan sebagai subsidiari kepada Ford U.S.A. (100% milik Ford). Sebuah pejabat pengurusan di Kuala Lumpur dan sebuah kedai alat ganti dan aksesori di Shah Alam telah diasaskan.
1979 Ford Malaysia telah diberikan persetujuan kerajaan untuk mengendali, memasang dan mengedarkan kenderaan Ford di Malaysia. Ford Malaysia mengambil alih operasi termasuklah kilang pemasangan (dahulunya sebuah subsidiari milik penuh Wearnes Brothers Ltd). Ford Malaysia mengambil alih perniagaan pengedaran dan pemasangan (Associated Motor Industries of Malaysia Sdn Bhd - AMIM) dari Wearnes Brothers Ltd.
1981 Ford dan Pernas Sime Darby menandatangani perjanjian usahasama untuk membolehkan Pernas Sime Darby menguasai 49% Ford Malaysia.
1984 Ford Malaysia menukar namanya ke AMIM Holdings Sdn Bhd (AMIM). Pernas Sime Darby meningkatkan ekuitinya kepada 70% sejajar dengan Polisi Ekonomi Baru Malaysia.
1988 Pemilikan oleh AMIM telah distrukturkan semula. Faedah ekuiti 70% Pernas Sime Darby dalam AMIM telah dijual kepada Tractors Malaysia (sebuah subsidiari Sime Darby Berhad). Ford kekal dengan pegangan ekuiti 30%.
1999 (September 8) Pemilikan oleh AMIM Holdings telah distrukturkan semula dengan Ford menguasai 49% ekuiti. Nama AMIM Holdings juga telah ditukarkan ke Ford Malaysia Sdn Bhd.
2004 Ford Malaysia menjadi kilang pemasangan automotif Malaysia pertama mencapai pensijilan sistem pengurusan kualiti ISO/TS 16949:2002 dari RWTUV (Rheinisch-Westfalischer TUV), sebuah badan pensijilan antarabangsa di Eropah.
2008 Sime Darby AutoConneXion Sdn Bhd, yang berada di bawah rangkaian Sime Darby Motors, mengambil alih daripada Ford Malaysia sebagai pengedar tunggal bagi semua kenderaan Ford di Malaysia.