KESELAMATAN

Ketenangan untuk ibubapa

Ia pastinya memberi anda perasaan penuh yakin bahawa Fiesta mengutamakan keselamatan anda.
Tetapi ia semestinya memberikan kedua ibubapa anda lebih ketenangan.
Kekukuhan keselamatan
Bila bercakap mengenai beg udara, Fiesta pasti lebih pakar mengenainya. Ini kerana ia dilengkapi beg udara bagi pemandu dan penumpang hadapan, selain beg udara langsir depan dan belakang. Setiap satunya memberikan anda keyakinan semasa memandu.
Keselamatan yang tiada tandingan
Sekiranya besi boron mampu menjadi bahan asas untuk industri aeroangkasa, ia pastinya cukup kuat untuk melindungi anda.Empat kali lebih kuat daripada besi berkekuatan-tinggi biasa, ia memperkukuhkan struktur Fiesta anda di semua bahagian penting, untuk tahap keselamatan yang tiada tandingan.
Sensor parkir belakang
Kini anda tak perlu lagi menegangkan leher ketika berparkir. Semasa mengundur, Sensor Parkir Belakang mengesan sebarang objek di belakang anda dan akan membunyikan 'beep' yang bertambah kuat dan lebih cepat apabila anda menghampirinya, sementara paparan skrin menunjukkan kedudukan objek tersebut. Sistem juga akan memperlahankan bunyi radio jadi anda boleh mendengar ‘beep’ dengan jelas.
Program Kestabilan Elektronik
Banyak perkara boleh berlaku ketika anda memandu. Pemandu dan pejalan kaki yang tidak peka, bola yang tiba-tiba terbang di depan anda. Sekiranya anda terpaksa mengelak dengan pantas, sensor akan mengesan penukaran arah dan mengaktifkan ciri seperti Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dan Kawalan Cengkaman
untuk memastikan anda dan kenderaan anda sentiasa dalam keadaan terkawal.
  • PEMBERITAHUAN

    [1] Disediakan untuk Fiesta 1.0L EcoBoost® sahaja.

    [2] Penggunaan bahan api adalah berdasarkan ujian pengeluar. Penggunaan bahan api sebenar adalah berbeza bergantung kepada beberapa faktor.

    [3] Rupa kenderaan dan spesifikasi mungkin berbeza daripada kenderaan sebenar.

Select Language
Ooops!
Generic Popup