KUALITI
Bukan sekadar reka bentuk anggun.
Lebih sofistikated, luaran dan dalaman – Focus 2016 menggabungkan reka bentuk premium dan ciri kereta mewah dengan ruang dan aspek versatil sebuah kereta keluarga.
Luaran berunsur kinetik 
Kuasa. Yang nyata. Dengan reka bentuk bahagian depan baru, butiran rekaan menyerlah, serta lampu belakang LED menawan yang bersambung secara sempurna dengan garisan badan kereta. Focus kelihatan seperti sedang bergerak walaupun ketika dalam keadaan pegun.
Kualiti pembuatan ruang dalaman
Focus telah direka untuk keselesaan, dengan ruang dalaman dipertingkatkan, keterserlahan fungsi, serta bahan akustik yang menjadikan pemanduan lebih senyap. Bahagian konsol tengah sepadu memaparkan port USB, soket kuasa 12-volt, dan pemegang cawan boleh laras untuk ruang simpanan dan kemudahan yang dipertingkatkan.
Penutup Gril Aktif
Ram bermotor Penutup Gril Aktif berpusing untuk menghalang aliran udara, mengurangkan seretan aerodinamik sehingga enam peratus, dan menjimatkan penggunaan minyak.
Kawalan iklim dwi-zon
Susah nak capai kata sepakat bagi suhu yang diinginkan? Jangan risau. Kawalan iklim dwi-zon membolehkan anda dan penumpang anda memilih suhu masing-masing. Jadi semua orang akan menikmati perjalanan yang selesa.
Lampu depan halogen
Lampu halogen ‘dragon-eye’ Ford Focus memberikannya penampilan yang mengancam, manakala lampu pencahayaan siang LED memastikan anda jelas kelihatan pada siang hari.
  • PEMBERITAHUAN

    [1] Rupa kenderaan dan spesifikasi mungkin berbeza daripada kenderaan sebenar.

    [2] Semua harga yang dinyatakan adalah harga Di-Atas-Jalan dengan GST, tidak termasuk insurans. Dapatkan nasihat Pengedar Ford Bertauliah untuk maklumat lanjut.

    [3] Syarikat mempunyai hak untuk menukar mana-mana butiran berkaitan spesifikasi, harga, komponen dan warna tanpa notis terdahulu.

Select Language
Ooops!
Generic Popup