KESELAMATAN
Antara semua ciri hebat, anda akan lebih menghargai yang berikut
Ada banyak sebab mengapa anda akan berasa selamat di dalam EcoSport. Ia menawarkan anda ciri-ciri perlindungan, serta yang lain, yang membantu mengurangkan keperluan mendapatkan perlindungan dari awal. Jadi semua ini pastinya memberikan anda ketenangan semasa memandu.
Kawalan cengkaman dan Program Kestabilan Elektronik (ESP)
Gabungan kawalan cengkaman dan Program Kestabilan Elektronik (ESP) membantu anda kekal berhubung di permukaan jalan dan kawalan ketika mengambil selekoh dan ketika memotong. Bersama-sama, ia membantu mengurangkan kemungkinan tayar berpusing, serta pembelokan kurang atau lebih di selekoh.
Beg udara
Tempat duduk bahagian pemandu dan penumpang depan dilengkapi beg udara yang menyediakan tahap perlindungan ekstra.
Titanium dilengkapi 7 beg udara / Trend dilengkapi 2 beg udara
Besi boron berkekuatan-tinggi
Suntikan besi boron berkekuatan ultra tinggi dalam rangka pintu menambahkan keberkesanan sel keselamatan berkekuatan tinggi EcoSport Serba-Baharu. Digunakan dalam program aeroangkasa, besi boron adalah empat kali lebih kuat daripada besi berkekuatan-tinggi biasa, tetapi lebih ringan.
Sensor Parkir Belakang
Mungkin kita pernah berjenaka alangkah mudahnya kalau ada mata di belakang kepala kita. Kini anda boleh alaminya sendiri. Undur EcoSport Serba-Baharu dan satu ‘beep’ akan berbunyi untuk mengisyaratkan terdapat objek di belakang anda, manakala paparan di papan pemuka anda...
ABS and EBD
Apabila anda terpaksa berhenti dengan mendadak, anda nak pastikan yang anda berhenti. Bukan menggelongsor. Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dan EBD (Penyebaran Kuasa Brek Elektronik) menghalang roda daripada terkunci semasa kecemasan dan memberikan anda rasa lebih stabil dan terkawal.
  • PEMBERITAHUAN

    [1] Rupa kenderaan dan spesifikasi mungkin berbeza daripada kenderaan sebenar.

Select Language
Ooops!
Generic Popup