KEUPAYAAN
Pilih jalan yang jarang diterokai. Sebab anda boleh.
Jalan berlubang, paip air pecah, longkang tinggi. Kereta biasa mungkin memandu perlahan atau mengubah haluan. Dengan EcoSport, anda meneruskan perjalanan.
Tempat duduk lebih tinggi
Jalan yang anda biasa guna seharian pun akan kelihatan berbeza di dalam EcoSport. Anda duduk lebih tinggi jadi anda boleh melihat semua yang berlaku di sekeliling anda. Siapa tahu apa yang anda mungkin temui?
SUV urban paling senyap 
Persekitaran di bandar memang sentiasa bising. Tetapi tidak di dalam EcoSport. Bunyi hingar dari bandar akan dilenyapkan dengan ketenangan kabin paling senyap dalam kelasnya.  
Bantuan Cerun
Rahsia pendakian bukit yang sempurna. Bantuan Pendakian Bukit menahan brek selama 3 saat selepas anda mengangkat kaki dari brek, memberikan anda masa meluncur dengan lancar, tanpa masalah kenderaan bergerak. Jadi sekiranya anda di parkir yang sempit, tiada lagi masalah! Dan ia berfungsi untuk kedua-dua arah: sama ada menaiki atau menuruni bukit.
Reka bentuk yang menjimatkan
Apakah manfaat pekali seret sebanyak 0.365 pada EcoSport’s Serba-Baharu bagi anda? Lebih penjimatan bahan api. Ini kerana anda memandu SUV urban dengan tahap aerodinamik terbaik dalam kelasnya. Daripada profil rekaan ‘titisan air’ hinggalah ke butiran seperti pillar kicker belakang, semuanya direka untuk mengehadkan rintangan udara dan mengurangkan penggunaan minyak.
Pilihan terbaik di mana jua
Anda ingin memiliki SUV tetapi anda menetap di bandar? Atas sebab itulah EcoSport adalah pilihan yang ideal untuk anda. Saiznya yang kompak membuatnya mudah diparkir serta menyusuri lorong bandar yang sibuk. Namun keupayaan SUV sedia ada membolehkan anda pergi ke tempat yang jarang diterokai - sama ada di bandar atau di jalan raya.
Kelegaan tanah sehingga 200mm 
Seperti mana-mana SUV, SUV urban ini berfungsi membawa anda ke destinasi yang ingin dituju. Ia mempunyai kelegaan tanah 200mm di antara anda anda dan jalan, lubang jalan, parit atau apa jua yang berada di depan anda. Ditambah dengan sudut tuju dan lepas yang sesuai, selain mengharungi air sehingga 550mm anda kini bersedia menghadapi apa sahaja.
  • PEMBERITAHUAN

    [1] Rupa kenderaan dan spesifikasi mungkin berbeza daripada kenderaan sebenar.

Select Language
Ooops!
Generic Popup