SMART
Bercakap dengan EcoSport bukan perkara pelik (dan lain-lain kejutan).
Nak guna telefon atau menukar muzik di iPod? Hanya beri arahan pada SYNC® dan ia akan dilakukan. Ini hanya satu daripada cara EcoSport memudahkan kehidupan anda.
Fungsi Kemasukan Tanpa Kunci dan Butang 
Tak perlu tercari-cari kunci di dalam beg atau poket lagi. Asalkan anda ada kunci pintar bersama anda, pintu EcoSport anda akan dibuka secara automatik apabila anda berdekatan. Kemudian hanya tekan butang penghidup dan pandu pergi. Kunci tak perlu lagi berada di tangan anda.
Ruang simpanan depan dingin
Ya, penyaman udara disediakan. Dicuba dan diuji pada suhu ekstrim jadi ia berfungsi dengan baik dalam apa jua iklim. Namun ia bukan sahaja menyamankan anda, ia juga membolehkan minuman atau makanan anda kekal sejuk di ruang simpanan depan.
20 petak simpanan
Apa yang anda tidak dapat lihat bersepah sebenarnya adalah hasil reka bentuk dalaman EcoSport yang bijak.
Dua puluh petak simpanan membolehkan anda menyimpan segalanya. Laci tarik-keluar di bawah tempat duduk depan memastikan barangan berharga anda selamat daripada pemerhatian. Malah cermin mata dan payung anda juga disediakan ruang masing-masing.
  • PEMBERITAHUAN

    [1] Bluetooth® adalah tanda niaga berdaftar Bluetooth SIG Inc., dan digunakan di bawah lesen. Sila layari bahagian SYNC™ di www.ford.com.my untuk memeriksa kesesuaian telefon anda. iPod adalah tanda niaga berdaftar Apple Inc.

    [2] Model Titanium sahaja.

    [3] Rupa kenderaan dan spesifikasi mungkin berbeza daripada kenderaan sebenar.

Select Language
Ooops!
Generic Popup