KESELESAAN PINTAR
Perjalanan yang selesa semasa anda meneroka dunia

Butiran terperinci seperti kerusi bersalut kulit, peluput bunyi aktif dan bumbung bulan panorama menjadikan Everest kenderaan yang muktamad bagi sebarang penerokaan.

Pengangkat Pintu But Tanpa Tangan1
Cuma gerakkan pengesan bawah bampar Everest menggunakan kaki dan pengangkat pintu but tanpa tangan akan buka dan tutup secara automatik. Ciri ini berguna sekiranya tangan anda penuh dengan barangan.
Perjalanan Selesa
Suspensi Everest dikemaskinikan untuk memberikan kawalan golekan kenderaan yang lebih baik, stereng yang lebih tepat dan pemanduan yang lebih lancar pada permukaan yang kasar.
Peluput Bunyi Aktif
Everest menggunakan tiga mikrofon yang sangat peka untuk mengesan bunyi dalaman dan luaran dan kemudian meluputkan bunyi menggunakan gelombang bunyi berlawanan bagi memastikan ruangan dalam yang aman.
Bumbung Bulan Panorama2
Buka dunia anda dan alami kehidupan di bawah bintang dengan bumbung bulan panorama yang meliputi 50% ruang bumbung.
Kerusi Baris Ketiga PowerFold® 2
Cuma tekan butang dan kerusi baris ketiga PowerFold® Everest akan lipat rata untuk memberikan anda ruang tambahan jika diperlukan.
Tujuh beg udara
Beg udara di dalam Everest menyediakan rangkaian perlindungan dengan beg udara pemandu kerusi depan, beg udara penumpang dan beg udara sisi dipasang pada kerusi. Beg udara langsir sisi melindungi semua orang di bahagian depan dan belakang. Beg udara turut disediakan untuk lutut pemandu.
  • Tujuh kerusi yang penuh selesa
    Tujuh kerusi bersalut kulit. Mutu Kemasan dan jahitan dipertingkatkan. Tombol gear yang menarik. Semuanya bahan dan reka bentuk kemasan baru bermakna Everest memberikan keselesaan dan ruang untuk semua.
  • Rekabentuk bersesuaian
    Kemasan Luaran yang dipertingkatkan kini memberikan Everest satu pandangan yang lebih berani. Bumper bawah baharu yang lebih lebar meningkatkan gaya rupanya. Gril aerodinamik yang segar memberikan Everest kekuatan yang lebih padu..
  • Kawalan Cahaya Tinggi Automatik
    Everest menggunakan kamera untuk mengesan lalu lintas yang datang pada waktu malam dan secara automatik akan menghidupkan atau mematikan cahaya tinggi anda apabila memerlukan.
  • Kelompok peralatan pintar berbilang
    Ciri yang sedang digunakan oleh Everest dapat dilihat dengan mudah pada kelompok peralatan pintar berbilang di papan pemuka anda.
  • PEMBERITAHUAN

    [1] Ciri dan spesifikasi mungkin tiada pada semua model dan mungkin berbeza di pasaran yang berlainan.

    [2] Penampilan dan spesifikasi kenderaan mungkin berbeza daripada kenderaan sebenar.

    [3] Syarikat berhak mengubah sebarang butiran berkaitan spesifikasi, harga, komponen dan warna tanpa notis awal.

    [4] Sesetengah ciri yang ditunjukkan adalah aksesori yang dipasang / pilihan. Sila muat turun brosur untuk melihat spesifikasi penuh.

Select Language
Ooops!
Generic Popup