KUASAI PENEROKAAN ANDA
Kuasa untuk membawa anda ke tempat tujuan dan lebih lagi
Ford Everest dengan kuasa enjin diesel 2.0L Bi-Turbo termaju menyediakan kuasa sebanyak 213PS dan tork puncak pada 500Nm tanpa menjejaskan kecekapan penggunaan bahan api.
Enjin 2.0L Single & Bi-Turbo
Enjin diesel 2.0L single dan Bi-Turbo generasi baharu kami yang dipadankan dengan transmisi automatik 10 kelajuan memberikan kuasa yang lancar untuk anda merentasi sebarang jenis permukaan. Merancang untuk membawa Everest anda menerjah had? Enjin 2.0L Bi-Turbo baharu menguruskan dua turbo-booster secara pintar untuk meningkatkan tork, daya tindak balas dan kuasa. 
Transmisi Auto 10 Kelajuan
Teknologi transmisi automatik 10 kelajuan Ford yang pertama dalam kelas serta terkini bukan sahaja meningkatkan kecekapan penggunaan bahan api, malah memberikan pecutan yang lebih berkuasa dan pertukaran gear yang lebih tepat dan lebih pantas.
Torque-on-Demand
Ciri Torque-on-Demand Everest secara automatik memindahkan tork ke roda atau roda-roda yang paling mencengkam, memaksimumkan daya tarikan dan membantu anda keluar daripada situasi yang sukar. Malah ciri ini boleh menghantar semua tork ke satu roda sahaja jika sistem mendapati tiga roda lain tidak mempunyai daya tarikan.
Kapasiti Muatan yang Besar
Everest memang cukup luas untuk mengisi tujuh tempat duduk bagi membawa lebih ramai penumpang. Bagaimana pula dengan barangan lain yang anda perlukan untuk perjalanan anda?
Kawalan Kestabilan Elektronik
Nikmati ‘pemanduan erat dengan jalan raya’ menerusi Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC) Everest yang membantu memastikan cengkaman dan kawalan terutamanya pada selekoh atau semasa memotong kenderaan lain. Ini termasuklah ciri Pengurangan Golekan yang menggunakan pengesan giroskopik untuk mengesan kemungkinan Everest akan bergolek dan melakukan intervensi untuk mendapatkan semula kestabilan. ESC memberikan keyakinan dan kawalan walapun dalam keadaan yang paling mencabar.
EPAS dengan Pull-Drift Compensation
Stereng Bantuan Kuasa Elektronik (EPAS) dengan teknologi pull-drift compensation mengukur input stereng anda, menyesuaikan dengan perubahan keadaan jalan dan membantu mengimbangi perubahan arah yang kecil disebabkan oleh permukaan jalan tidak rata atau angin lentang.
  • PEMBERITAHUAN

    [1] Ciri dan spesifikasi mungkin tiada pada semua model dan mungkin berbeza di pasaran yang berlainan.

    [2] Penampilan dan spesifikasi kenderaan mungkin berbeza daripada kenderaan sebenar.

    [3] Syarikat berhak mengubah sebarang butiran berkaitan spesifikasi, harga, komponen dan warna tanpa notis awal.

    [4] Sesetengah ciri yang ditunjukkan adalah aksesori yang dipasang / pilihan. Sila muat turun brosur untuk melihat spesifikasi penuh.

Select Language
Ooops!
Generic Popup