KAWALAN INTUITIF
Teknologi yang direka untuk mengutamakan anda
Buat panggilan tanpa menggunakan tangan dengan pantas. Tetapkan kawalan dalam keadaan trafik yang sentiasa berubah. Tidak kira apa yang anda hendak lakukan, teknologi intuitif Everest sedia membantu.
SYNC® 3
Terus berhubung dalam semua keadaan dengan SYNC®31. Menghubungkan telefon anda ke skrin sentuh 8 inci secara lancar menerusi program seperti Applink™1, Apple CarPlay1 atau Android Auto1. Lebih intuitif, lebih responsif dan lebih banyak keupayaan berbanding sebelum ini.
  • Panggilan telefon bebas tangan
  • Sistem muzik bebas tangan
  • Navigasi satelit bebas tangan
  • Kawalan suhu bebas tangan
Keserasian Apple CarPlay
Meletakkan iPhone anda pada skrin konsol utama dan membolehkan anda berhubung dengan Siri™ atau memainkan radio Internet dari mana-mana sahaja di dunia. Aplikasi yang serasi pada iPhone anda juga berfungsi dengan lancar dan menjadikan keupayaan hiburan dalam kereta anda tiada batasan.
AppLink™1
Ford AppLink™ membolehkan anda melancarkan dan mengawal sesetengah aplikasi mobile kegemaran anda dengan menggunakan suara atau mengakses aplikasi melalui seksyen aplikasi yang tersusun. Ini akan memuat naik secara automatik aplikasi berkeupayaan SYNC® daripada telefon pintar yang anda telah pasangkan dan sambungkan.
Sistem Masuk Tanpa Kunci & Butang Penghidup Auto (PEPS)
Mulakan perjalanan anda tanpa perlu mengeluarkan kunci dari kocek. Everest tahu apabila kunci anda berada berdekatan. Cuma buka pintu kereta untuk membuka kunci kenderaan dan tekan butang untuk menghidupkan enjin.
BLIS® dengan Amaran Lintasan Trafik (CTA)1
Sistem maklumat Titik Buta (BLIS®) Everest membantu mengawasi trafik pada titik buta anda. Semasa bertukar laluan, lampu penunjuk pada cermin sisi akan memberitahu anda jika ada kenderaan dalam titik buta anda. Amaran Lintasan Trafik pula memberitahu anda jika trafik datang dari arah kiri atau kanan semada anda berundur dari parkir atau tempat letak kereta.
Kamera Pandang Belakang
Berundurlah secara yakin dengan pandangan penuh dan jelas apa yang ada di belakang anda. Jika terdapat halangan, pengesan parkir belakang akan membunyikan penggera.
Pengelap Cermin Penderia Hujan
Pengelap cermin penderia hujan Everest mengesan kelembapan pada cermin depan dan mengaktifkan pengelap untuk pandangan jalan yang jelas, tidak kira dalam apa juga keadaan cuaca.
  • PEMBERITAHUAN

    [1] Ciri dan spesifikasi mungkin tiada pada semua model dan mungkin berbeza di pasaran yang berlainan.

    [2] Penampilan dan spesifikasi kenderaan mungkin berbeza daripada kenderaan sebenar.

    [3] Syarikat berhak mengubah sebarang butiran berkaitan spesifikasi, harga, komponen dan warna tanpa notis awal.

    [4] Sesetengah ciri yang ditunjukkan adalah aksesori yang dipasang / pilihan. Sila muat turun brosur untuk melihat spesifikasi penuh.
Select Language
Ooops!
Generic Popup