Terokai Ford Ranger Anda
Dari muatan bebanan yang berat, permukaan muka bumi yang mencabar, kederasan arus sungai, aktiviti luar yang lasak, rutin-rutin mingguan hinggalah perjalanan harian untuk memastikan keluarga selamat, Ranger dicipta secara pintar untuk memenuhi gaya hidup setiap individu. Di jalan raya ataupun di jalan yang lasak.
Terokai Ford Ranger anda
Langkah 1: Pilih profil di bawah yang sesuai dengan anda.
Langkah 2: Gerakkan kursor pada imej (tekan untuk mobile!) untuk mendedahkan Ford Ranger anda.
Langkah 3: Terokai varian Ford Ranger anda!
Kuasa dan prestasi adalah keutamaan anda. Anda meletakkan keyakinan pada kenderaan yang dibina untuk mengharungi pelbagai suasana yang lasak.
Anda seorang yang berpengalaman dan sentiasa fikirkan tentang keselamatan, ruang kabin, kapasiti kargo, dan kemampuan kenderaan. Anda mengutamakan perjalanan yang selesa dan sekali-sekala anda akan pergi mengembara sambil bermalam di hujung minggu dengan keluarga dan rakan-rakan.
Badan anda umpama rumah anda. Anda sentiasa mencari situasi aktif yang dapat mencabar tubuh anda. Ini termasuk sukan tahan lasak atau senaman di gim untuk keluarkan peluh.
Anda meletakkan kepercayaan yang tinggi pada kenderaan semasa di jalan raya dan di jalan lasak yang mampu mengharungi laluan mencabar dengan kelegaan lantai yang tinggi. Anda sedang mencari kenderaan yang paling sesuai untuk mengangkut muatan dan bebanan berat, dilengkapi dengan kargo belakang terbuka dengan ruang yang luas.
Anda seorang individu yang menginginkan kegirangan. Anda tidak mengundur dari cabaran. Untuk menakluki pelbagai pengembaraan, anda memerlukan trak yang berkebolehan untuk menanganinya.
Anda seorang individu kolar putih, energetik, dan warga kota yang pandai bersosial dengan rakan-rakan selepas kerja yang produktif. Anda meletakkan kepercayaan anda pada kenderaan yang serba boleh, tepat untuk kegunaan harian dan hujung minggu.
Anda ghairah melakukan aktiviti luar dan rekreasi, sama ada berbasikal, berlari atau berperahu naga. Anda juga mungkin pengembara ekstrem yang sentiasa mengembara untuk menakluk puncak gunung.
Pelbagai fungsi dan reka bentuk yang sesuai sentiasa menjadi idaman anda. Anda mampu mengangkut penumpang dengan selesa, dan pada masa yang sama membawa bebanan berat melalui jalan-jalan yang lasak.
Pameran Bergerak Ford Ranger
Jom kunjungi bilik pameran Ford dan sertai pelbagai aktiviti menarik untuk seisi keluarga dan aneka promosi.
Select Language
Ooops!
Generic Popup