Rekabentuk Berani

Pengenalan Ranger Raptor FORD pada gril, rupa bentuk maskulin, dan bampar lengkap pada rangka yang dipasang untuk kedudukan yang lebih kukuh. Lampu kabus LED dengan saluran tirai udara meningkatkan aerodinamik. Di bahagian but belakang dilengkapi bampar bersepadu dan lencana 3D.

Kekuatan Utama
Kami mengolah semula casis Ranger, menggunakan keluli aloi rendah berkuasa tinggi untuk menjadikannya lebih tahan lama. Perisai bahagian bawah bersaiz dua kali ganda berbanding Ranger, dengan keluli kekuatan tinggi 2.3mm direka untuk menyerap impak dari hampir mana-mana situasi laluan lasak. Seluruh struktur rangka telah diperkuatkan untuk mengatasi masalah kecerunan permukaan. Rel sisinya boleh menyerap impak tambahan 1G.
Kokpit
Bersedia untuk prestasi. Kerusi berkontur badan termasuk ketinggian perehat kepala Raptor yang unik dan kemasan kulit untuk lekapan badan yang lebih baik ketika memandu di laluan lasak. Jahitan raptor diperkemaskan pada stereng, panel instrumen lembut, shifter yang dibalut kulit, dan alas lantai. Panel instrumen pintar memaparkan maklumat prestasi pada skrin rata yang rendah silau, berkualiti tinggi.
Stereng Berprestasi
Stereng kemasan kulit berlubang dengan kemasan jahitan berwarna memastikan pemanduan anda tetap terkawal. Penanda merah di bahagian stereng membantu anda memantau arah tayar ketika membuat ‘drift’ dan memasuk selekoh.
Kelegaan Lantai & Meraduk Air yang Tiada Tandingan
Rintangan jalan lasak tidak menjadi halangan bagi Ranger Raptor. Reka bentuk yang tinggi meletakkan 283mm antara trak dan apa sahaja yang ada dalam perjalanan anda. Kapasiti meraduk air setinggi 850mm yang terunggul dalam kelasnya memudahkan Ranger Raptor meredah dan menyeberang sungai, manakala pemanduan dengan lebih ketinggian memberi anda pandangan persekitaran yang lebih jelas.
SYNC®3
SYNC®3 memastikan anda sentiasa boleh dihubungi, dihiburkan, dan berada di landasan yang betul. SYNC®3 menggunakan 10,000 arahan suara semulajadi untuk membuat panggilan, main muzik, dan mengubah suhu kabin. Skrin sesentuh 8 inci lebih intuitif berbanding sebelumnya, dengan fungsi leret dan pinch-to-zoom. Di samping, Apple CarPlay dan Android Auto menyambung dengan lancar ke SYNC®3, membolehkan anda menggunakan aplikasi kegemaran anda di mana sahaja.
  • Pemberitahuan

    [1] Ciri dan spesifikasi mungkin tiada pada semua model dan mungkin berbeza di pasaran yang berlainan. Sila muat turun brosur untuk melihat spesifikasi penuh. 

    [2] Penampilan dan spesifikasi kenderaan mungkin berbeza daripada kenderaan sebenar. 

    [3] Syarikat berhak mengubah sebarang butiran berkaitan spesifikasi, harga, komponen dan warna tanpa notis awal.
Select Language
Ooops!
Generic Popup