KEUPAYAAN SEPENUHNYA
Ranger WildTrak baharu dibina khusus untuk siap siaga dengan segala keupayaan untuk membantu anda menyelesaikan tugasan. Mengharungi air? Tiada masalah. Beban yang berat? Sentiasa kuat. Jalan curam dan berpasir? Mudah sahaja. Ranger WildTrak dengan keupayaan meredah air 800mm, kapasiti menunda yang besar dan Bezaan Belakang e-Kunci menjadikan segala cabaran mudah dilakukan.

Dibina Dengan Kekuatan

Dengan kapasiti muatan 1000 kg dan kapasiti menunda 3,500 kg, anda boleh melakukan kerja-kerja berat dengan penuh yakin. Program Kestabilan Elektronik Ranger WildTrak menyediakan kawalan yang lebih baik dengan memberikan kenderaan keupayaan untuk menangani daya yang berubah daripada beban semasa anda sedang memandu.
Meredah Air 800mm
Ranger WildTrak bukan sahaja mampu membawa anda ke mana-mana sahaja di darat. Keupayaan meredah air sehingga 800mm membolehkan kenderaan merentas sungai dan apa sahaja halangan air untuk meneruskan tugas.
Perjalanan Lebih Selesa
Casis keluli kekuatan ultra tinggi menyokong sistem suspensi yang dinaiktarafkan bagi meningkatkan keupayaan memandu, keselesaan penumpang dan pengendalian kenderaan. Casis turut menambahbaikkan keselesaan memandu dan tahap bunyi jalan raya bagi Ranger WildTrak.
4x4 Shift-On-The-Fly
Teruskan pemanduan dalam semua keadaan. Bergerak dengan lancar antara mod tinggi atau mod rendah 2WD atau 4WD menerusi Shift-On-The-Fly.
Bezaan Belakang e-Kunci
Kawalan lebih jitu pada cerun curam dan permukaan yang berpasir. Mengunci roda belakang membantu anda mendapat kawalan yang terbaik semasa melalui permukaan yang tidak rata dan mencabar di mana sukar untuk mengekalkan kedua-dua tayar belakang atas permukaan tanah.
  • PEMBERITAHUAN

    [1] Ciri dan spesifikasi mungkin tiada pada semua model dan mungkin berbeza di pasaran yang berlainan. Sila muat turun brosur untuk melihat spesifikasi penuh.

    [2] Penampilan dan spesifikasi kenderaan mungkin berbeza daripada kenderaan sebenar.

    [3] Syarikat berhak mengubah sebarang butiran berkaitan spesifikasi, harga, komponen dan warna tanpa notis awal.

Select Language
Ooops!
Generic Popup