REKA BENTUK PRAKTIKAL

Reka bentuk Ranger WildTrak yang baharu menampilkan bahagian depan yang lebih berani dan bahagian dalaman yang diperbaharui. Ciri baharu memudahkan kehidupan. Ini termasuklah Pintu But Easy Lift kami yang pertama dan satu-satu dalam kelas untuk memuat dan menurunkan barang dengan mudah.

Dibina Kuat. Dibina Selamat.
Ranger WildTrak dengan ruang keselamatan diperkukuhkan dilindungi oleh 6 beg udara, termasuk beg udara sisi dan langsir. Digabungkan dengan program Kawalan Kestabilan Elektronik yang menyeluruh dan teknologi bantuan pemandu yang membantu mengurangkan risiko serta mengekalkan kenderaan pada laluan, Ranger anda memiliki ciri yang lebih selamat berbanding dahulu.
Menyahut Segala Cabaran
Keutamaan Ranger WildTrak adalah ruang, keselesaan dan fungsi. Kawalan yang terdapat pada Ranger direka secara pintar supaya mudah dicapai, terdapat ruang simpanan tambahan dan bunyi dan getaran yang dapat dikurangkan. Dengan tempat duduk yang selesa, Ranger menyempurnakan keseimbangan antara kerja dan kehidupan.
Bekalan kuasa
Ranger WildTrak dilengkapi dengan palam 230V di dalam kabin untuk mengecas telefon bimbit atau membekalkan kuasa kepada peralatan di mana sahaja anda berada.
Ruang yang luas
Ruang kaki ekstra pada Double Cab kami bukan sahaja memberi keselesaan tambahan kepada penumpang. Pintu yang besar serta kedudukan tiang belakang memudahkan penumpang keluar masuk atau memunggah barangan kerja bersaiz besar.
Lampu Depan HID dan Lampu Siang
Lampu depan HID yang terang membolehkan anda melihat dengan jelas pada waktu malam, manakala Lampu Siang membolehkan anda mudah kelihatan oleh pemandu lain serta pejalan kaki semasa waktu siang.
  • PEMBERITAHUAN

    [1] Ciri dan spesifikasi mungkin tiada pada semua model dan mungkin berbeza di pasaran yang berlainan. Sila muat turun brosur untuk melihat spesifikasi penuh.

    [2] Penampilan dan spesifikasi kenderaan mungkin berbeza daripada kenderaan sebenar.

    [3] Syarikat berhak mengubah sebarang butiran berkaitan spesifikasi, harga, komponen dan warna tanpa notis awal.

Select Language
Ooops!
Generic Popup