TEKNOLOGI INOVATIF
Ranger Wildtrak dilengkapi sepenuhnya dengan ciri pintar yang tidak terdapat pada sebuah trak, seperti SYNC®3. Bekerja dengan lebih bijak. Bermain dengan lebih menyeronokkan. Sentiasa kekal terhubung. Pasangkan telefon pintar anda kepada SYNC®3 untuk membuat panggilan, memilih muzik dan menggunakan aplikasi semasa anda sedang memandu. Bebas tangan sepenuhnya.
Brek Kecemasan Automatik (AEB)1
Ciri yang pertama dan satu-satunya dalam kelas mengesan pejalan kaki dan kenderaan, lalu mengeluarkan bunyi amaran yang boleh didengar. Jika anda gagal bertindak, sistem ini boleh mengenakan brek secara automatik.
Sistem Pengekalan Laluan1
Dengan menggunakan penanda jalan, pengesan boleh mengesan apabila Ranger Wildtrak mula keluar dari laluan secara tidak sengaja. Apabila ini berlaku, roda stereng akan mula bergetar untuk memberi amaran kepada anda. Jika anda lambat kembali ke laluan, tork stereng akan dikenakan untuk mengembalikan Ranger Wildtrak ke laluan.
Kawalan Meluncur Mudah Suai1
Anda tidak perlu lagi memasang atau mematikan kawalan luncur apabila keadaan trafik berubah. Kawalan Meluncur Mudah Suai mengimbas trafik dan melaraskan kelajuan secara automatik. Apabila trafik semakin perlahan, Ranger Wildtrak akan turut perlahan sama. Apabila trafik lancar semula, kenderaan akan kembali kepada kelajuan yang anda telah tetapkan.
SYNC®3
Lebih intuitif, lebih responsif dan lebih banyak keupayaan berbanding sebelum ini. 
SYNC®3 menyediakan tahap hubungan yang termaju untuk kehidupan anda yang sibuk dengan ciri hebat termasuk Apple CarPlay, Android Auto, dan keserasian AppLink™. Unit paparan skrin sentuh 8 inci dengan Bluetooth, pengenalan suara dan navigasi menyokong fungsi seperti telefon bimbit yang menjadikan perjalanan bersama Ranger Wildtrak lebih menyeronokkan.
Keserasian Apple CarPlay
Keserasian ini meletakkan iPhone anda pada skrin konsol utama dan membolehkan anda berhubung dengan Siri™ atau memainkan radio Internet dari mana-mana sahaja di dunia. Aplikasi yang serasi pada iPhone anda juga berfungsi dengan lancar dan menjadikan keupayaan hiburan dalam kereta anda tiada batasan.

Sistem navigasi tersedia
Sistem navigasi tersedia memaparkan nama jalan dan tempat dengan betul pada skrin berbilang sentuh 8 inci yang jelas. Sistem yang dinaiktaraf memahami lebih 10,000 arahan suara semula jadi untuk mengekalkan anda pada laluan yang betul.
AppLink™
Ford AppLink™ membolehkan anda melancarkan dan mengawal menerusi suara sesetengah aplikasi mobile kegemaran anda atau mengakses aplikasi melalui bahagian aplikasi yang tersusun yang memuat naik secara automatik aplikasi berkeupayaan SYNC® daripada telefon pintar yang anda padankan dan hubungkan.
Parkir Selari Separa Automatik (SAPP)1
Tidak semua yang gemarkan parkir selari. Bagaimanakah sekiranya kami mencipta trak yang bukan sahaja membantu anda mencari ruang parkir dengan saiz yang sesuai tetapi turut memandu sendiri secara automatik untuk parkir yang tepat? Parkir Selari Separa Automatik Ford Ranger yang pertama dan satu-satunya dalam kelas menjadikan pemanduan di bandar lebih mudah.
Kamera Pandang Belakang dan Pengesan
Parkir menjadi lebih mudah walaupun di kawasan bandar yang sibuk. Dari tempat duduk anda yang lebih tinggi, Kamera Pandang Belakang memberikan anda pandangan jelas apa yang berada di belakang, manakala pengesan parkir depan dan belakang membantu anda meletakkan kenderaan di mana-mana jenis ruang dengan yakin.
  • PEMBERITAHUAN

    [1] Ciri dan spesifikasi mungkin tiada pada semua model dan mungkin berbeza di pasaran yang berlainan. Sila muat turun brosur untuk melihat spesifikasi penuh.

    [2] Penampilan dan spesifikasi kenderaan mungkin berbeza daripada kenderaan sebenar. 

    [3] Syarikat berhak mengubah sebarang butiran berkaitan spesifikasi, harga, komponen dan warna tanpa notis awal.

Select Language
Ooops!
Generic Popup