Kenderaan anda serasi biodiesel B20?
Kenderaan Ford yang dilengkapi enjin 2.0L Single-Turbo dan 2.0L Bi-Turbo serasi sepenuhnya dengan adunan biodiesel sehingga 20% (B20) menepati standard spesifikasi bahan api biodiesel B20 yang digalakkan oleh kerajaan Malaysia. Kenderaan ini meliputi varian terkini trak pikap Ford Ranger, SUV saiz sederhana Ford Everest, dan trak pikap prestasi Ford Ranger Raptor.

Model Ranger dan Everest yang dilengkapi enjin diesel Duratorq 2.2L dan 3.2L memerlukan penapis bahan api serasi B20 yang boleh dipasang di mana-mana pusat servis sah Ford. Para pelanggan juga boleh memilih untuk menggunakan diesel yang mengandungi bahan biodiesel lebih rendah seperti biodiesel EURO5 dengan adunan B7 (Biodiesel 7%) yang boleh didapati di stesen-stesen minyak terpilih.

Kami mengalu-alukan para pelanggan yang mempunyai sebarang pertanyaan mengenai biodiesel B20 untuk menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan kami di 1300 38 3181 ataupun menghantar emel ke customercare@sdac.com.my .

* Terbitan ini disediakan dalam Bahasa Inggeris dan versi Bahasa Inggeris akan diguna pakai.

Select Language
Ooops!
Generic Popup