PANGGILAN SUKARELA UNTUK MENGGANTIKAN BEG UDARA TAKATA

Ford secara sukarela mengumumkan panggilan balik pengepam beg udara Takata di bahagian pemandu dan penumpang hadapan.

Keselamatan anda adalah keutamaan kami di Ford. Panggilan semula secara sukarela adalah untuk memastikan kenderaan anda sentiasa selamat digunakan. Ford bersetuju dengan pakar global berkenaan dengan propelan yang terdapat pada pengepam Takata mungkin terjejas apabila digunakan untuk jangka masa yang panjang. Maka dengan melakukan penggantian ini, ia dapat memastikan keselamatan anda.
Ford mengumumkan panggilan balik secara sukarela bagi model-model berikut:

  • Econovan tahun 2003-2008 yang tertentu;
  • Courier tahun 2004 -2014 yang tertentu;
  • Ranger dan Everest tahun 2003 -2014 yang tertentu;
    untuk menggantikan pengepam beg udara Takata di bahagian pemandu dan penumpang hadapan yang menggunakan propenal Penstabilan Amonium Nitrat (PSAN) (Pegepam Takata Yang Terjejas).

Adalah menjadi keutamaan anda untuk melaksanakan pemeriksaan sama ada kenderaan anda terlibat dalam penggantian sukarela pegepam beg udara Takata ini. 
Bagaimana untuk mencari VIN anda?
Image 1 Image 2

Kod VIN 17 digit anda disenaraikan dalam pelbagai dokumen, termasuk kad pendaftaran kenderaan dan dokumen insurans anda. Ia juga boleh didapati dibahagian pemandu pada kenderaan anda, antara cermin depan dan papan pemuka.
Anda boleh mencari VIN anda di lokasi berikut pada kenderaan anda:
Econovan: Pada bingkai pintu pemandu.
Courier / Ranger/Everest: Di bawah bonet di bahagian atas tengah pengadang kebakaran di bahagian belakang enjin.

Kenderaan anda tidak terjejas.


Kenderaan anda terjejas.
Sila kunjungi pusat servis Ford anda yang terdekat.
Bagaimana untuk mencari VIN anda?
Kod VIN 17 digit anda disenaraikan dalam pelbagai dokumen, termasuk kad pendaftaran kenderaan dan dokumen insurans anda. Ia juga boleh didapati dibahagian pemandu pada kenderaan anda, antara cermin depan dan papan pemuka.

Anda boleh mencari VIN anda di lokasi berikut pada kenderaan anda:
Econovan: Pada bingkai pintu pemandu.
Courier / Ranger/Everest: Di bawah bonet di bahagian atas tengah pengadang kebakaran di bahagian belakang enjin.

Untuk keterangan lanjut, sila e-mel customercare.sdac@simedarby.com dan sertakan Vehicle Identification Number (VIN) anda.

*Terbitan ini disediakan dan dilaksanakan dalam Bahasa Inggeris dan versi Bahasa Inggeris akan diguna pakai dalam apajua acara.
Select Language
Ooops!
Generic Popup