SYNC® 3 SUPPORT
Cara memainkan pemain media digital dengan SYNC® 3
Menghubungkan peranti anda ke SYNC® 3 dengan Bluetooth®
Untuk mengakses telefon pintar sambungan-Bluetooth® atau mana-mana peranti digital anda mestilah terdahulu menyambungkannya ke Bluetooth® dan menghubungnya ke SYNC® 3.
1. Aktifkan telefon atau ciri Bluetooth® peranti, dan jadikannya mudah dicari.
2. Tekan ikon Settings di Feature bar pada bahagian bawah skrin sentuh.
3. Tekan Bluetooth® Devices dan kemudian Add a Bluetooth® Device.
4. Tekan Connect.
5. Cari peranti di telefon bimbit anda, sehingga SYNC® ditemui.
6. Apabila diisyaratkan di paparan peranti, sila sahkan bahawa PIN yang tertera dari SYNC® 3 sepadan dengan PIN yang dipaparkan di peranti anda.
7. Paparan SYNC® 3 kemudian akan mengesahkan sambungan ke Bluetooth® berjaya.

Memainkan muzik di peranti sambungan- Bluetooth® anda
Setelah anda memilih Bluetooth® Stereo sebagai Audio Source, anda boleh menggunakan sama ada skrin sentuh atau arahan suara untuk mengawal muzik.*

Dari skrin sentuh utama Bluetooth® Stereo, anda boleh mengawal muzik dengan:
  • Fungsi Advance, Reverse, Pause, Play atau Repeat
  • Shuffle untuk memainkan lagu dalam susunan rawak
  • Browse, jika disediakan, membolehkan anda memilih lagu yang dipaparkan di senarai Now Playing pada skrin sentuh

*Nota: Arahan dan kawalan adalah ciri khusus telefon pintar. Lihat carta kesesuaian SYNC® 3 untuk peranti anda.
Menghubungkan peranti anda ke SYNC® 3 dengan port USB
Sambungkan telefon, pemacu kilat dan lain-lain peranti USB ke port USB, dan guna SYNC® 3 untuk memainkan semua muzik kegemaran anda. Hanya masukkan peranti anda ke port USB, pilih Audio Source di skrin sentuh dan kemudian tekan USB. Port USB biasanya terletak di konsol tengah atau di panel Audio Controls. (Sila rujuk Manual Pemilik anda untuk lokasi sebenar.)
Shuffle memainkan muzik anda secara susunan rawak
Browse memaparkan senarai lagu di Now Playing playlist
A-Z Jump membolehkan anda memilih huruf tertentu untuk meneroka kategori yang sedang dilayari.
Explore Device (jika disediakan) membolehkan anda melayari folder dan fail dalam susunan seperti yang dipaparkan di peranti USB anda.
Nota: Ciri SYNC® 3 ini adalah ciri khusus untuk peranti. Lihat carta kesesuaian SYNC® 3 untuk peranti anda.
Hubungi pengedar terdekat untuk bantuan
Perlu bantuan lanjut? Kami akan menghubungkan anda kepada pakar
Select Language
Ooops!
Generic Popup