Active City Stop
Pelbagai perkara boleh mengalih perhatian kita ketika memandu, dan dalam sesaat, apa jua kemungkinan boleh berlaku. Terutamanya dalam trafik di pusat bandar di mana kenderaan sentiasa bergerak dan berhenti. Active City Stop* boleh mengesan sekiranya kereta di depan telah berhenti dan akan menekan brek secara automatik dalam sekelip mata.
Memantau jalan 
Active City Stop dihasilkan untuk mengelakkan perlanggaran belakang atau mengurangkan impaknya dengan menekan brek secara automatik, sekiranya perlu.
Memantau sehingga 10 meter 
di depan kenderaan anda

Cara ia berfungsi

  • Sebuah sensor lidar (Light Detection and Ranging) pada bahagian atas cermin hadapan mengimbas kawasan di depan untuk kenderaan lain semasa trafik bergerak perlahan pada kelajuan sehingga 30 kmj.

  • Sensor ini berupaya menangkap 15 imej, memantau ruang berjarak dengan kenderaan di depan dan mentafsir sama ada trafik semakin perlahan atau telah berhenti – semuanya dalam sekelip mata – dalam erti kata lain, dalam sesaat.

  • Oleh sebab lidar mengesan pantulan daripada nombor plat dan lampu belakang kenderaan, ia boleh dipengaruhi oleh posisinya serta keadaan cuaca. Setiap model dengan Active City Stop perlu melalui ujian musim sejuk di Sweden selain ujian air.

50 kali sesaat

ia mengimbas jalan

Kuasa untuk berhenti. Pantas. 

  • Sekiranya sistem mendapati perlanggaran akan berlaku, ia akan mengaktifkan brek anda. Jika pemandu tidak membuat apa-apa untuk mengelakkan perlanggaran, Active City Stop akan menekan brek sepenuhnya.

  • Sistem ini akan dinyahaktifkan sekiranya anda memacu lebih laju atau memusingkan sterang untuk mengelakkan kemalangan.

Tahukah anda?

Selain daripada ujian peringkat industri, kami juga meminta sekumpulan drebar di Paris untuk mencuba sistem ini selama seminggu di jalan yang sesak untuk memastikan ia tidak mengganggu pemanduan biasa.
  • PEMBERITAHUAN

    [1] Active City Stop boleh membantu mengelak atau meminimumkan impak perlanggaran antara 3.6kmj dan 30kmj. Ia bukanlah pengganti untuk keprihatinan pemandu.Fungsi ini mungkin tidak boleh berfungsi pada sesetengah keadaan pemanduan dan jalan atau ketika cuaca buruk.

Select Language
Ooops!
Generic Popup