Amaran Lintasan Trafik
Mengenal pasti kenderaan yang tidak kelihatan. Amaran Lintasan Trafik ialah sebahagian daripada Sistem Maklumat Titik Buta (BLIS). Ia direka untuk memberikan amaran apabila ada kenderaan menghampiri belakang kenderaan anda dari arah kiri dan kanan, semasa kereta anda berundur.

Cara ia berfungsi

  • Amaran Lintasan Trafik mengimbas kiri dan kanan semasa kereta anda mengundur daripada ruang lurus.
  • Jika ada kenderaan atau bahaya lain yang dikesan, amaran bunyi dan visual akan dikeluarkan.
  • Kelajuan dan jarak kenderaan yang menghampiri dicatat oleh sistem dan amaran akan dikeluarkan kepada pemandu berdasarkan pengiraan ‘tempoh hentaman’.
Amaran: Jangan gunakan sistem Amaran Lintasan Trafik sebagai ganti kepada melihat cermin pandang belakang dan sisi serta menoleh kiri dan kanan sebelum mengundur keluar dari ruang letak kereta. Amaran Lintasan Trafik tidak boleh menggantikan pemanduan berhemat.
Lihat dengan lebih jelas
Select Language
Ooops!
Generic Popup