Amaran Rempuhan Depan
Kenderaan anda direka dengan ciri-ciri bantuan amaran jika ia mengesan kemungkinan berlaku rempuhan dengan kenderaan di hadapan anda.

Cara ia berfungsi

  • Radar depan mengesan had laju kenderaan yang bergerak dalam arah yang sama dan mengira jarak dengan kenderaan hadapan.
  • Apabila kereta anda terlalu dekat dengan kenderaan di hadapan, Amaran Rempuhan Depan akan mengesan potensi berlaku rempuhan dan mencetuskan amaran bunyi dan visual.
  • Jika anda tidak bertindak terhadap amaran dan terus menghampiri kenderaan hadapan, Bantuan Brek akan berfungsi untuk pracas dan meningkatkan kepekaan brek agar ia lebih mencengkam apabila anda menekan brek.
  • Pracas ini memberi anda kuasa membrek penuh walaupun anda hanya menekan pedal brek dengan lembut. Ia membolehkan brek bertindak lebih cepat apabila anda perlu berhenti serta-merta. 
Amaran: Seperti teknologi kenderaan lain, sistem ini direka untuk memberi anda bantuan semasa memandu. Ia bukan berfungsi untuk menggantikan tumpuan dan pertimbangan pemandu mahupun menekan brek untuk anda. Sistem ini tidak mengaktifkan brek secara automatik. Kegagalan pemandu menekan pedal brek mungkin boleh mengakibatkan rempuhan.
Select Language
Ooops!
Generic Popup