Kawalan Jelajah Mudah Suai
Fungsi Kawalan Jelajah pastinya memudahkan pemanduan apabila anda keluar dari pusat bandar. Namun bagaimana pula jika anda berada di lebuhraya dan jalanraya yang sibuk? Kawalan Jelajah Mudah Suai* membantu anda mengharungi trafik dengan ‘menganalisa’ laluan di hadapan sambil mengawal kelajuan dan jarak kenderaan anda mengikut perubahan trafik. 

Cara ia berfungsi

  • Kawalan Jelajah Mudah Suai membebaskan anda daripada menghidup atau memadamkan fungsi kawalan jelajah untuk disesuaikan kepada perubahan trafik.  

  • Ia membolehkan anda menetapkan jarak yang ingin dikekalkan dengan kenderaan di depan anda, selain menetapkan kelajuan kenderaan anda. Anda mempunyai empat ruang berjarak berbeza untuk dipilih. 

  • Fungsi radar pula mengimbas kenderaan-kenderaan di depan anda secara automatik apabila anda menghidupkan Kawalan Jelajah Mudah Suai, melalui butang di stereng anda.

Mengimbas sehingga 64 kenderaan

pada satu-satu masa dan mengemas kini 
posisi mereka 20 kali dalam sesaat.

Supercars

Stereng yang bertindak balas dan stabil merupakan teras bagi pemanduan yang hebat. Stereng bantuan kuasa elektrik menyelaraskan stereng untuk menjadi ringan semasa trafik perlahan dan ‘berat’ semasa pemanduan berkelajuan tinggi untuk memberikan lebih kawalan. Ia juga menyesuaikan stereng mengikut perubahan permukaan jalan.

Meringankan tugas anda 

  • Sistem akan mengurangkan kelajuan anda secara automatik apabila ia mengesan kenderaan lebih perlahan jadi ruang berjarak yang anda pilih antara kenderaan anda dan yang di depan kekal sama.

  • Sebaik sahaja kenderaan perlahan menambahkan kelajuan atau anda menukar lorong, Kawalan Jelajah Mudah Suai akan kembali kepada kelajuan asal anda secara automatik.

  • Memadamkan Kawalan Jelajah Mudah Suai amat mudah – hanya tekan pedal brek anda.

Inovasi untuk semua

  • Kami telah menghasilkan sistem yang lebih kos efektif supaya ia boleh dilengkapkan kepada lebih banyak kenderaan yang sebelum ini hanya dikhususkan bagi kenderaan mewah.

  • Sistem amaran perlanggaran awal dan pengelakan perlanggaran juga dilengkapkan bagi model-model terpilih.

Inovasi ketenteraan 

Radar yang digunakan pada asalnya dibangunkan dari bidang ketenteraan dan ia berfungsi pada frekuensi operasi tertinggi di kawasan awam.
  • PEMBERITAHUAN

    [1] Ciri ini mungkin tidak terdapat pada semua model di dalam rangkaian kenderaan. Sila rujuk spesifikasi kenderaan untuk maklumat lanjut.

Select Language
Ooops!
Generic Popup