Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC)
Keselamatan anda sentiasa membuat kami berfikir. Apabila jalan semakin sibuk, keperluan untuk tindakan drastik bagi mengelakkan kemalangan semakin meningkat. Kawalan Kestabilan Elektronik direka untuk membantu menghalang kereta tergelincir atau menggelongsor ke sisi semasa mengambil tindakan mengelak atau ketika cuaca buruk.

Kekal di atas jalan

  • Kawalan Kestabilan Elektronik memantau ‘tindak-tanduk’ kenderaan anda, mengambil kira sudut stereng, pecutan dan yaw sensor, dan mengenakan brek ke tayar-tayar individu secara automatik jika ia mengesan pembelokan kurang atau lebih. 

  • Kawalan Kestabilan Elektronik merangkumi sebahagian atau semua ciri-ciri keselamatan berikut, bergantung kepada model.

Kawalan Cengkaman & Sistem Brek Anti-Kunci (ABS)

  • Ia menyelaraskan kuasa enjin (tork) kepada roda pemacu untuk membantu memaksimumkan cengkaman atau genggaman yang ada ketika permukaan jalan licin atau tidak stabil pada sebarang kelajuan. Tekanan brek juga dikenakan pada keadaan tertentu.

  • Sistem Brek Anti-Kunci menghalang roda anda daripada ‘terkunci’ apabila anda menekan brek secara mendadak.

  • Sistem Brek Anti-Kunci mengepam brek beberapa kali sesaat apabila sensor mengesan roda hendak ‘terkunci’ bagi menyesuaikan tekanan brek.

Penyebaran Kuasa Brek Elektronik (EBD)

  • Ia mengimbangi jumlah kuasa brek di antara roda depan dan belakang sebelum Sistem Brek Anti-Kunci menjadi aktif, sekiranya roda belakang anda terkunci.

  • Ia juga mengoptimumkan prestasi brek dengan menyesuaikan kuasa brek di bawah bebanan berbeza, sama ada ia disebabkan penumpang ekstra, kargo penuh atau kedua-duanya.

Bantuan Brek

  • Ia mengesan apabila anda menekan brek secara mendadak tetapi tidak cukup kuat untuk memberhentikan kenderaan.

  • Sistem kemudian mengenakan tekanan yang diperlukan kepada brek untuk memaksimumkan pengurangan kelajuan dan membantu mengurangkan jarak berhenti.

  • Setelah anda melepaskan pedal brek, fungsi brek akan kembali seperti biasa.
Tahukah anda?
Beberapa ciri pemanduan seperti Kawalan Jelajah Mudah Suai dan Torque Vectoring Control, menjadi kenyataan kerana mereka memanfaatkan ciri Kawalan Kestabilan Elektronik.
Select Language
Ooops!
Generic Popup